Tuesday 30 September 2014

Mengapa Sukar Hamil Kali Kedua

Selepas melahirkan anak pertama, anda tentunya mengharapkan kehadiran anak kedua pula.Sayangnya penantian anda itu bagaikan satu penyeksaan apabila kehamilan yang dinanti tidak juga menjadi. 


Mengapa sukar untuk hamil anak kedua ini terjadi?
Kira-kira 60% daripada wanita yang pernah hamil anak pertama atau lebh,berisiko mengalami ketidakasuburan sekunder ini juga berlaku kepada pasangan yang sihat dan tidak mengalami gangguan pada organ reproduksinya.


Tanda-tanda ketidaksuburan sekunder  

Kesukaran untuk hamil anak pertama,kedua atau ketiga dan seterusnya boleh terjadi kepada pasangan pada usia reproduktif iaitu di antara 20 ke 34 tahun malah yang telah melewati reproduktif iaitu lebih 35 tahun. 

Punca ketidaksuburan sekunder ini sebenanya hampir menyamai ketidaksuburan prima atau ketidaksuburan yang berlaku kepada pasangan yang sukar untuk mendapat anak pertama.

Sejak melahirkan anak pertama sehinggalah merancang untuk hamil lagi,banyak hal dan perubahan yang terjadi pada organ reproduksi anda mahupun pasangan.Perubahan itu mungkin menyebabkan gangguan kepada proses kehamilan.


Oleh sebab itulah,sebaik sahaja melahirkan anak pertama anda perlu membuat perancangan jumlah dan jarak kelahiran antara anak pertama dan kedua.Tempoh yang sesuai untuk menjarakkan kehamilan adalah antara 18 hingga 48 bulan.

Anda dan pasangan sebaiknya berwaspada dan segera mendapatkan khidmat nasihat daripada doktor sekiranya berhadapan dengan situasi sebegini:


1). Anda dan pasangan masih dalam usia reproduktif,aktif hubungan kelamin kira-kira 2 ke 3 kali seminggu dan tidak menggunakan alat pencegah kehamilan. Tapi tidak juga hamil dalam waktu dua tahun.

2) Anda dan pasangan berusia 35 tahun atau lebih,aktif secara seksualdengan tidak menggunakan alat pencegah kehamilan tetapi tidak juga hamil dalam waktu 6 bulan.

3) Anda memiliki riwayat haid yang tidak teratur,sempat berhenti haid beberapa bulan malah berhenti haid sama sekali.

4) Anda pernah mengalami keguguran sebanyak dua kali atau lebih

5) Anda menderita keradangan pada rongga pinggul atau merasakan kepanasan membakar di daerah sekitar vagina dan keluar lendir berbau dari vagina.

6)Anda atau pasangan pernah mengalami penyakit jangkitan kelamin.

7)Anda dan pasangan pernah menjalani rawatan mengubati penyakit kanser

8) Pasangan anda mengalami penurunan keghairan seksual atau kesakitan waktu ejakulasi.


Jalanai ujian 

Bagi mengetahui punca ketidaksuburan sekunder,doktor akan menjalani ujian untuk kedua-dua pasangan kelamin.

Ujian untuk isteri 

Ujian darah dijalankan unuk mengukur sejumlah senyawa tertentu di dalam darah seperti hormon progestron yang diambil pada pertengahan haid,hormon ganodotropin untuk mengetahui sama ada wujud gangguan pada fungsi ovari yang menggangu produksi sel telur.Ujian prolaktin untuk mengetahui sama ada wujudnya gangguan atau tumor pada kelenjar pituitari iaitu hormon yang mengawal menghasilan susu ibu.


Pemeriksaan perubatan untuk mengetahui sama ada wujudnya gangguan,kelainan,penyumbatan atau ketidaknormalan yang berlaku pada pelbagai organ reproduksi.Misalnya penyumbatan pada saluran ovari yang menyebabkan sel telur matang tanpa dimasuki oleh sel sperma. Ia dilakukan dengan  Ultra sono Grafi (USG) di sekitar vagina dan pemeriksaan ringga pinggul.

Pemeriksaan tambahan juga akan dilakukan berdasarkan ujian darah dan pmeriksaan perubatan sehingga punca yang lebih spesifik dapat diketahui.


Ujian untuk suami 

Pemeriksaan sperma untuk menganalisis kualiti semen dan sperma termasuk mengetahui bentuk, ukuran,kemampuan gerakan speram untuk berenang dan mencapai sel telur seterusnya ddapat dilakukan senyawakan.

Pmeriksaan organ reproduksi untuk mengetahui kemampuan testi menghasilkan sperma berkualiti yang baik,kemmampuan penis berejakulasi dan ada atau tidak sumbatan pada saluran sperma.Pemeriksaan ini dapat dilakukan beberapa kali seiring dengan terapi yang dijalani.

Bagi mengatasi masalah ketidaksuburan sekunder dengan baik,anda dan pasangan perlu membuka minda dan menjalani komunikasi yang baik.Walaupun pada akhirnya anda berdua tidak juga memperoleh anak,cubalah bersyukur si buah hati yang telah lahir sebelum ini dalam hidup anda berdua.



Jika anda ingin mencuba set kesuburan shaklee Sila klik sini 


Hubungi saya sekarang di:


Call/whatsupp 0193401758 


Email:narcyshoppe@gmail.com



Atau add fb saya narcy ondon 








Terima kasih kerana membaca entry saya. Sila datang lagi.

Post a Comment

0 comments:

Mommy Rachel@2012. Powered by Blogger.
 
Copyright Mommy Rachel © Design By Cik Nurfarah