Anda memang sudah “pakar” dalam hal bercinta. Namun apakah anda sudah 100% pasti apa yang anda lakukan itu cukup memuaskan hati suami anda? Anda perlu ingat ketika “bersama”, suami isteri haruslah mampu memberikan kepuasa kepada pasangannya. Jika anda merasakan bahawa anda masih belum mampu “memuaskan”suami sepenuhnya, 12 tips yang dipaparkan ini mungkin mampu membantu anda.
1) Berani berinisiatif
Selalunya terjadi ketika hendak mengadakan hubungan seksual inisiatif selalunya datang daripada pihak suami. Sedangkan isteri hanya menunggu. Ini kerana kebanyakan isteri berasa malu (tapi mahu) untuk mengambil inisiatif walaupun mereka teringin untuk melakukannya.
Sepatutnya dalam kehidupan seks suami isteri tidak boleh ada istilah malu. Isteri harus berani mengambil inisiatif kerana cara begini akan membuat suami gembira. Dan secara psikologi dapat mempengaruhi suami untuk 'bersama'.
2) Menghias Diri
Apabila ingin 'bersama', isteri sepatutnya menghias diri. Jangan sesekali tampil ala kadar saja. Penampilan yang menarik akan menambah semangat suami untuk 'bersama'. Oleh itu, sebelum 'bersama', mandilah terlebih dahulu, pakailah pakaian yang bersih dan menarik lagi seksi. Juga sembur sedikit bau-bauan agar anda berbau harum.
3) Rapikan Kamar Tidur
Sebelum 'bersama', rapikan tempat tidur. Bersihkan tempat tidur anda dari kain dan pakaian yang tidak berguna. Jika cadar dan sarung bantal kotor, gantikan dengan yang baru dan bersih. Jangan lupa untuk menyembur sedikit wangian agar ruang tidur terasa nyaman dan wangi. Tempat tidur yang rapi dan wangi secara psikologi akan dapat menambah semangat suami untuk 'bersama' dengan anda.
4) Bersifat Aktif
Cumbuan adalah antara aktiviti permulaan untuk 'bersama'. Ia tidak boleh dipandang remeh kerana ianya sama penting dengan hubungan intim itu sendiri. Samada suami atau isteri, kedua-duanya dituntut untuk aktif.
Sayangnya, dalam perkara ini yang aktif selalunya suami. Isteri sering bersifat pasif dan menyerah. Agar suami cukup ghairah, isteri perlu bersikap aktif melakukan rangsangan di tempat-tempat sensitif.
5) Penuhi Kehendaknya
Ketika 'bersama' isteri sering menolak untuk melayani permintaan suami. Ini sering menimbulkan rasa jengkel dan marah si suami. Sebenarnya tiada alasan mengapa isteri perlu menolak keinginan suami, kecuali dia ingin anda melakukan diluar tabii. Apabila apa yang diinginkan suami itu dipenuhi isteri, maka suami akan berasa gembira dan puas malah perasaan sayang akan semakin kuat.
6) Tidak Statik
Sering terjadi, isteri hanya mahu melayan suami dalam satu gaya sahaja. Hal ini boleh menyebabkan suami merasa bosan. Untuk menghindari kebosanan suami, layanilah suami dengan berbagai gaya.
7) Bersikap Sopan
Ketika 'bersama', isteri jangan sesekali bersikap kasar. Sentiasalah mengamalkan sikap yang sopan. Sikap sedemikian secara psikologi mempengaruhi semangat suami untuk 'bersama'.
8)Tidak Mengungkit Kelemahannya
Jangan sesekali mengungkit kelemahan suami, misalnya mengungkit tentang ukuran penisnya yang agak kecil atau pendek. Ungkitan seperti ini boleh menurunkan ghairah suami.
9) Tidak Mengeluh
Jangan terlalu banyak mengeluh kerana itu hanya akan menyebabkan semangat suami untuk 'bersama' menurun.
10)Jangan Banyak Berbual
Anda mungkin seorang yang suka berbual. tetapi perkara ini jangan diamalkan ketika anda dan suami anda sedang 'bersama'. Sebab hal ini akan menyebabkan kurangnya tumpuan suami dalam menikmati hubungan 'bersama' anda.
11) Bersifat Terbuka
Bersifat terbuka dan jujur adalah satu kemestian dalam bercinta, katalah isteri tidak suka apa yang dilakukan oleh suami, jangan sesekali berdiam diri sahaja. Sebaiknya berterus terang dan memberitahu apa yang seharusnya dilakukan oleh suami. Sikap yang begini akan menambahkan semangat suami ketika 'bersama'.
12) Beri Pujian
Setelah selesai 'bersama', jangan lupa untuk memberikan pujian atas kehebatan suami. Dengan pujian suami akan berasa bangga. Tetapi kalau suami kurang hebat jangan dicela. Dengan cara yang baik beritahu tentang kekurangannya dan kalau boleh beri cadangan untuk mengatasinya. Semua ini akan membuat suami tampil lebih baik lagi di masa akan datang.
Selamat mencuba!
sebarang pertanyaan untuk produk shaklee bolehla menhubungi saya di Rachelwee7@gmail.com/0193401758..jangan lupa add fb saya nancy rachy...konsultasi percuma akan diberikan selepas pembelian..Diskaun hebat menanti anda hanya di di mamaachel.blogspot.com...
sebarang pertanyaan untuk produk shaklee bolehla menhubungi saya di Rachelwee7@gmail.com/0193401758..jangan lupa add fb saya nancy rachy...konsultasi percuma akan diberikan selepas pembelian..Diskaun hebat menanti anda hanya di di mamaachel.blogspot.com...
Post a Comment
0 comments: