Sunday, 7 September 2014

Penjagaan Gigi Ketika Hamil




Gambar sekadar hiasan 

Ramai wanita hamil mempunyai masalah gusi dan gigi kerana gusi mereka mudah menjadi bengkak, mudah berdarah, dan makanan yang dimakan mudah terselit di antara gigi dan gusi. Hal ini berlaku disebabkan perubahan hormon semasa hamil.



Peningkatan hormon estrogen sewaktu kehamilan adalah antara penyebab gusi yang di dalamnya terdapat pembuluh darah yang lebih mudah bengkak. Sewaktu bersentuhan dengan benda asing seperti ketika menggosok gigi, gusi akan lebih mudah berdarah dan dijangkiti kuman. 

Rasa mual atau morning sickness yang dialami oleh ibu hamil boleh meningkatkan tahap keasidan mulut sekaligus boleh menyumbang masalah gusi dan gigi berdarah. Gangguan ini  besar kemungkinan boleh menyebabkan gigi anda tidak dapat dijaga dengan baik. 


Cegah masalah gigi

Selain mendapatkan rawatan daripada doktor gigi, seseorang ibu hamil boleh menjaga kesihatan gigi dan gusi dengan melakukan rutin seperti berikut.

1) Bersihkan gigi dengan teratur 

Jika perlu gunakan dental floss  setiap hari setelah selesai makan dan sebelum tidur.Penggunaan ubat kumur yang mengandungi anti-septik juga boleh membantu membersihkan permukaan gigi. Ia mampu menghilangkan sisa makanan dan menghilangkan lapisan plak sekligus membebaskan kuman secara keseluruhan dari rongga mulut.Selain itu setiap kali selepas muntah gosok  gigi anda dan berkumurlah. 

2) Jaga pemakanan

Untuk mengelakkan jangkitan kuman pada gusi dan gigi ibu hamil dinasihatkan agar mengambil makanan seimbang.Pengambilan makanan yang kaya dengan Vitamin B6 dan C dapat membantu menjaga gusi agar tidak mudah berlaku pendarahan. Vitamin B6 boleh diperolehi daripada biji-bijian dan kacang. Anda juga boleh mengambil suplemen yang mengandungi Vitamin B6 seperti Vitamin B Complex shaklee..  

Manakala vitamin c boleh diperolehi dengan pengambilan buah-buahan berwarna cerah dan segar seperti oren,betik, jambu dan sayuran berwarna hijau.. Atau anda boleh mengambil suplemen tambahan Vitamin C yang selamat dan sesuai untuk ibu hamil.. Vitamin C sustained release shaklee adalah pilihan yang tepat kerana ianya semulajadi, bebas bahan kimia, dan paling penting nutriennya akan dilepaskan secara perlahan-lahan mengikut keperluan badan dan mampu bertahan sehingga 5 jam lamanya.. 



Sementara itu ibu hamil juga perlu memastikan zat kalsium yang diambil mencukupi.Ia bagi memastikan keadaan gigi si ibu kekal sihat dan gusi sihat.Pengambilan kalsium yang cukup semasa hamil juga amat penting agar bayi dalam kandungan mendapt zat kalsium yang diperlukan. Masalah kaki kejang terutamanya di waktu malam dikatakan ada kaitan dengan masalah kekurangan kalsium.. jadi, ibu-ibu di luar sana jangan lupa minum susu atau bagi anda yang tidak gemar minum susu, anda boleh gantikan dengan Ostematrix (kalsium shaklee). 

Ostematrix shaklee ialah gabungan kalsium karbonat,kalsium sitrat, dan kalsium sitrat malet disamping mengandungi magnesium dan vitamin D yang mana ianya tidak menyebabkan sembelit dan kita lebih selamat daripada risiko mendapat batu karang. 




Rawatan

Yayasan Kesihatan Dental British menasihatkan pada wanita hamil supaya mengurangkan prosedur-prosedur agresif ketika pemeriksaan gigi. Beritahu doktor bahawa anda sedang hamil, dan umur kehamilan. Prosedur-prosedur yang agresif haruslah diminimakan ketika tempoh kehamilan. Ini termasuk menampal ( filling) menggunakan amalgam. 

Jika perlu menampal gigi untuk mengurangkan risiko mendapat jangkitan kuman pada gigi, seelok-eloknya dilakukan selepas umur kehamilan mencapai fasa trimester kedua. 

Manakala prosedur pemutihan gigi haruslah ditangguhkan sehingga melahirkan anak. Ini akan mengurangkan apa jua risiko pada bayi.

saya bimbang dengan ubat bius yang diberikan. Bolehkah saya memakan antibiotic ketika hamil? 

Inilah perlunya wanita hamil memberitahu doktor tentang kehamilannya. Beberapa ubat antibiotik yang digunakan adalah selamat. Antibiotik yang diberikan oleh doktor biasanya dalam kategori B yang selamat digunakan semasa hamil.


Begitu juga dengan ubat bius, sebagai contoh Lidocaine yang digunakan sebagai pelali tidak menjejaskan bayi dalam kandungan kerana jumlahnya sedikit.Malah suntikan ke gusi hanya menyebabkan rasa kebas pada tempat yang disuntik, bukannya ke seluruh badan. 


Bagaimana dengan sinar x-ray  yang diberikan pada wanita yang hamil ?

Ia perlu dielakkanya pada wanita hamil terutama pada fasa trimester pertama kerana pembentukan organ janin sedang berlaku.Tangguhkan sehingga melahirkan kecuali ia benar-benar perlu. 




Bagi anda yang ingin mendapatkan mana-mana produk shaklee anda boleh menghubungi saya di:


Call/whatsapp  0193401758


Email: narcyshoppe@gmail.com


atau add Fb saya narcy ondon 


Kawasan COD: Ampang, kl, pandan jaya, cheras dan maluri.







Terima kasih kerana membaca entry saya. Sila datang lagi.

Post a Comment

0 comments:

Mommy Rachel@2012. Powered by Blogger.
 
Copyright Mommy Rachel © Design By Cik Nurfarah