Ketidakstabilan ini juga adalah antara punca utama yang akan memungkinkan tercetusnya masalah keputihan dikalangan wanita yang hamil..
Keputihan ketika seseorang itu sedang hamil boleh dikategorikan sebagai normal jika cairan yang keluar berwarna jernih atau sedikit kekuningan dan kental seperti lendir dengan tidak disertai bau dan kegatalan.Namun jika cairan yang keluar disertai bau,gatal, rasa ngeri ketika membuang air kecil dan warnanya pula telah bertukar kehijauan atau bercampur sedikit darah maka keputihan tersebut boleh dikatakan sebagai abnormal dan risiko ianya mengganggu atau membawa kemudaratan kepada kesihatan ibu dan janin tidak terkawal. Maka rawatan yang sesuai semasa kehamilan amat diperlukan segera bagi mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini.
Kita selalu dengar orang tua-tua cakap jangan suka makan makanan sejuk sebab boleh tambah lagi masalah keputihan. Namun sejauh manakah kebenarannya? Jom teruskan pembacaan anda.
Antara beberapa mitos dan fakta keputihan ketika hamil yang perlu diketahui
Mitos 1 : Makanan seperti timun atau nenas seringkali dituduh sebagai penyebab keputihan
Fakta: Keputihan bukan disebabkan oleh makanan tertentu dan tentusekali bukan nenas yang ternyata kaya dengan vitamin C.Realitinya tiada makanan tertentu yang menjadi punca kepada berlakunya keputihan semasa atau sesudah hamil.
Mitos 2 : Pengunaan intimate wash atau antiseptik yang disangkakan dapat mencegah keputihan.
Fakta: Penggunaan antiseptik sebagai pembersih vagina hanya akan menyebabkan ‘gangguan’ kepada flora normal yang ada dalam vagina (lactobacillus ). Walhal , flora normal ini amat diperlukan tubuh untuk mengawal vagina pada pH yg seimbang supaya flora (kuman) abnormal tidak dapat membiak di kawasan tersebut seterusnya menghindari dari bahaya jangkitan keputihan ketika hamil
Bahaya keputihan ketika hamil serta kesan yang bakal dibawa terhadap bayi
Keputihan abnormal yang dialami oleh wanita hamil boleh membahayakan kehamilan ibu dan keselamatan janin jika tidak dirawat dengan segera.
Berikut adalah antara beberapa bahaya dan kemudaratan yang boleh berlaku jika seseorang wanita yang mengalami keputihan yang abnormal sewaktu hamil.
1. Chlamydia
Keputihan yang dibawa oleh Chlamydia dapat menyebabkan berlakunya kelahiran pra matang pada bayi akibat pecahnya selaput ketuban sebelum tiba waktunya. Selain itu juga boleh mengakibatkan keguguran malahan kematian ibu dan janin jika tidak segera ditangani dengan serius.
2. Kuman Herpes Simpleks
Keputihan yang disebabkan oleh kuman Herpes Simpleks dapat menyebabkan radang pada otak bayi (ensefalitis).
3.Candida Albican
Keputihan yang disebabkan oleh kulat kandida dapat meningkatkan risiko berlakunya (epilepsi) pada bayi.
4.Kuman HPV
Keputihan yang disebabkan oleh kuman HPV boleh menyebabkan gangguan pernafasan dan gangguan pencernaan bayi sehingga boleh mengakibatkan kematian
5.Neisserea Gonorrhoea
Keputihan yang disebabkan oleh Neisserea Gonorrhoea dapat menyebabkan jangkitan pada mata bayi sehingga boleh mengakibatkan buta.
Jika anda wanita hamil yang sedang mengalami masalah keputihan yang serius, segeralah berjumpa dengan doktor anda untuk mengelakkan perkara yang tidak diingin berlaku tehadap kehamilan anda..
Post a Comment
0 comments: