Monday 21 July 2014

Seks Semasa Hamil.







Bolehkah saya melakukan hubungan seks ketika hamil?


 Sudah tentu. Dengan kelahiran normal anda boleh melakukan hubungan seks bersama pasangan sehingga sampai masa air ketuban pecah.Namun, jika kehamilan anda mengalami masalah seperti plasenta previa atau, pendarahan atau mempunyai sejarah keguguran sebaiknya anda haruslah bertanya kepada doktor anda terlebih dahulu. 


Dengan kehamilan normal, melakukan seks tidak ada kaitan dengan keguguran .Malah, jika anda merasa seksi dan cukup sihat, mungkin baik juga anda menikmatinya sepanjang kehamilan. Melakukan hubungan seks semasa hamil mungkin baik bagi hubungan anda dan suami pada masa kini dan selepas melahirkan bayi. 

Kajian telah membuktikan yang melakukan hubungan seks ketika hamil tidak dikaitkan atau tidak menyebabkan kelahiran pra-matang jika kehamilan itu sihat dan normal. Malah ,satu kajian menunjukkan wanita hamil yang melakukan seks secara teratur selama kehamilan kurang cenderung mengalami kelahiran pramatang. 



Bolehkah seks membahayakan bayi? 


Seks tidak membahayakan bayi ,walaupun suami mengambil posisi di atas.Penyumbat mukus yang tebal yang menutup serviks membantu melindungi bayi daripada jangkitan.Kantung amnion dan otot-otot uterus yang kuat juga melindungi bayi. Walau pun fetus anda bergerak kencang selepas klimaks,ini disebabkan jantung anda yang mengepam kuat, bukan kerana dia tahu apa yang berlaku atau mengalami kesakitan.


Walau bagaimana pun ada keadaan-keadaan penting anda dinasihatkan supaya tidak melakukan persetubuhan, 

Keadaan-keadaan yang penting anda dilarang melakukan persetubuhan:

1) Berlaku pendarahan 

2) Sakit atau kekejangan obdomen

3) Ketuban pecah 

4) Mempunyai sejarah kelemahan serviks

5) Plasenta previa,( uri berada pada kedudukan bawah) 

Anda mungkin akan dinasihat mengelakkan seks jika suami anda menghidap herpes genital. Jika anda menghidap herpes genital untuk kali pertama semasa mengandung,ada kemungkinan ia boleh dijangkitkan kepada bayi dalam kandungan anda.



Read More
Terima kasih kerana membaca entry saya. Sila datang lagi.

Mommy Rachel@2012. Powered by Blogger.
 
Copyright Mommy Rachel © Design By Cik Nurfarah