Sunday, 10 February 2013

Panduan Jaga Lantai Pelvis Selepas Bersalin

Lantai pelvis terdidri daripada otot-otot,ligamen-ligamen dan helaian -helaian tisu.Ia meregang dari tulang pubik di bahagian tubuh hingga ke hadapan hingga ke hujung spina di bahagian belakang anda.Ia boleh disamakan seperti trampolin kerana ia berupaya untuk meregang dengan tekanan yang berat dan melambung semula ke atas.

Namun,jika ia menampung berat tekanan yang terlalu lama,otot-otot dan tisu-tisu lantai pelvis boleh menjadi kendur dan akhirnya menjadi lemah.

Lantai pelvis yang lemah akan menyebabkan anda mengalami kesukaran menahan air kencing setiap kali ia mahu keluar.Oleh sebab itulah,ada sesetengah wanita selepas bersalin sering mengalami masalah 'kebocoran' setiap kali batuk atau bersin.

Akibat daripada otot-otot faraj yang lemah juga,rahim boleh melendut dan menekan dinding faraj sehingga menyebabkannya 'jatuh' (prolapsed uterus). Dianggarkan 4 daripada 10 orang wanita yang berumur 50 tahun ke atas mengalami masalah ini

Bukankah ia sesuatu yang menggerunkan? Bagi mengelakkan masalah ini daripada membelenggu anda di kemudian hari,maka adalah lebih baik sekiranya anda mula mengamalkan senaman lantai pelvis atau turut dikenali sebagai senaman kegel bermula daripada sekarang!

Sesegera mungkin selepas melahirkan bayi,anda perlu melakukan senaman lantai pelvis.Mungkin pada mulanya anda berasa kekok kerana tidak biasa melakukannya.Ketahuilah,senaman ini amat bermanfaat dalam membantu anda memulihkan perineum dan faraj,menghalang masalah kebocoran urin,meningkatkan aliran darah ke perineum dan membantu menghilangkan bengkak dan luka selepas melahirkan.

Pada hari atau minggu pertama melakukan senaman ini,anda tidak akan dapat merasa sebarang gerakan di bahagian otot-otot lantai pelvis.Jangan kuatir kerana keadaan sebegini adalah normal.Ia berlaku akibat daripada saraf yang terlibat longgar.Walaupun tiada sebarang gerakan dirasai,yakinilah senaman yang dilakukan itu tetap berkesan.Teruskan melakukan senaman ini secara teratur agar hasil yang bakal diperolehi memberangsangkan.

Sementara itu, anda digalakkan untuk melakukan senaman ini dalam keadaan berbaring.Ada juga yang berpendapat senaman yang dilakukan secara mengiring pun menampakkan keberkesanannya.Apa yang penting,tidak kira apa juga posisi yang dipilih, anda perlu melakukannya dalam keadaan tenang.

Teknik yang betul

Senaman lantai pelvis boleh anda lakukan ketika sedang melakukan akitivi-aktiviti lain seperti melayari internet,menonton televisyen,membaca buku dan sebagainya. Malah ketika memandu  di dalam lalu lintas pun, anda boleh lakukannya.Ia tidak sukar malah sangat efektif dalam membantu anda menganjalkan semula otot lantai pelvis.Bagi mengembalikan daya kekuatan otot berkenaan,anda perlu kerap melakukan senaman lantai pelvis.Untuk itu, anda boleh ikuti panduan berikut.

Sama ada dalam keadaan berdiri,duduk, berbaring atau mengiring,jarakkan sedikit kedudukan kaki anda agar otot-otot paha,punggung dan abdomen dapat direhatkan.

  • Kemut otot-otot di permukaan hadapan dan belakang anda.Gerakkan otot berkenaan di atas.
  • Jangan tolak otot ke bawah sebaliknya kemut dan tolak ke atas.
  • Ulanginya sebanyak 10 kali secara perlahan dan 10 kali secara cepat
  • Sebaik-baiknya lakukan senaman ini sekurang kurangnya empat hingga lima kali sehari.
  • Ketikan melakukan senaman ini,jangan tahan nafas anda.Juga, jangan ketatkan otot-otot perut,punggung dan paha.
Dinasihatkan agar anda tidak melakukan senaman ini terlalu kerap pada percubaan pertama.Anda boleh menambahkan bilangan senaman ini secara beransur ansur.

Melakukan senaman lantai pelvis secara tetap dan  paling bagus secara berterusan sangat penting!Senaman ini telah terbukti secara langsung dapat menguatkan kembali otot-otot lantai pelvis anda.

Seharusnya anda mula mengamalkan senaman lantai pelvis ini sejak awal  usia kehamilan.Hal ini kerana,senaman ini membantu anda menampung berat kandungan. Ketahuilah bahawa jika otot lantai pelvis anda berada di dalam keadaan yang baik sebelum melahirkan,otot tersebut berkemungkinan besar akan kembali ke keadaan normal selepas melahirkan anak.

Apabila usia meningkat,amat penting untuk anda memastikan otot lantai pelvis sentiasa kuat.Hal ini kerana apabila putus haid (menopaus),otot-otot tubuh mula berubah.Jadi otot lantai pelvis yang sedia lemah akan menjadi lebih lemah.

Bagi mendapakant kesan maksimum daripada senaman otot lantai pelvis,anda digalakkan untuk melakukannya bersama dengan senaman jenis lain seperti berjoging,berenang dan lain-lain.

Bagi yang bersalin secara ceasarean,jangan ingat anda tak perlu melakukan senaman otot lantai pelvis ni ya,hal ini kerana kehamilan telah membebani lantai pelvis.Pada masa yang sama hormon kehamilan turut melonggarkan bahagian berkenaan,ditambah pula dengan berat bayi yang menambah lagi regangannya.

Berita baik untuk anda!Adalah lebih mudah untuk anda melakukan senaman ini disebabkan lantai pelvis tidak akan terasa sakit kerana saraf-saraf di bahagian berkenaan tidak terjejas.

Info tambahan 

Cara kenal pasti  otot lantai pelvis
============================

Cara 1. Hentikan pengeluaran air kencing.Apabila ia berhenti,itu bermakna anda sedang menggunakan otot lantai pelvis

Cara 2. Ketatkan bahagian hujung dubur seperti anda menahan diri daripada membuang air besar.Otot bahagian ini adalah daripada kumpulan yang sama apabila ia berfungsi bersama-sama otot pundi kencing.

Cara3. Penekanan otot lantai pelvis yang tepat akan menolaknya ke atas.Gunakan cermin kecil bagi melihat pergerakan otot apabila anda melakukan senaman ini.


Selamat mencuba!!..









Terima kasih kerana membaca entry saya. Sila datang lagi.

Post a Comment

0 comments:

Mommy Rachel@2012. Powered by Blogger.
 
Copyright Mommy Rachel © Design By Cik Nurfarah