Tuesday 30 September 2014

Mengapa Sukar Hamil Kali Kedua

Selepas melahirkan anak pertama, anda tentunya mengharapkan kehadiran anak kedua pula.Sayangnya penantian anda itu bagaikan satu penyeksaan apabila kehamilan yang dinanti tidak juga menjadi. 


Mengapa sukar untuk hamil anak kedua ini terjadi?
Kira-kira 60% daripada wanita yang pernah hamil anak pertama atau lebh,berisiko mengalami ketidakasuburan sekunder ini juga berlaku kepada pasangan yang sihat dan tidak mengalami gangguan pada organ reproduksinya.


Tanda-tanda ketidaksuburan sekunder  

Kesukaran untuk hamil anak pertama,kedua atau ketiga dan seterusnya boleh terjadi kepada pasangan pada usia reproduktif iaitu di antara 20 ke 34 tahun malah yang telah melewati reproduktif iaitu lebih 35 tahun. 

Punca ketidaksuburan sekunder ini sebenanya hampir menyamai ketidaksuburan prima atau ketidaksuburan yang berlaku kepada pasangan yang sukar untuk mendapat anak pertama.

Sejak melahirkan anak pertama sehinggalah merancang untuk hamil lagi,banyak hal dan perubahan yang terjadi pada organ reproduksi anda mahupun pasangan.Perubahan itu mungkin menyebabkan gangguan kepada proses kehamilan.


Oleh sebab itulah,sebaik sahaja melahirkan anak pertama anda perlu membuat perancangan jumlah dan jarak kelahiran antara anak pertama dan kedua.Tempoh yang sesuai untuk menjarakkan kehamilan adalah antara 18 hingga 48 bulan.

Anda dan pasangan sebaiknya berwaspada dan segera mendapatkan khidmat nasihat daripada doktor sekiranya berhadapan dengan situasi sebegini:


1). Anda dan pasangan masih dalam usia reproduktif,aktif hubungan kelamin kira-kira 2 ke 3 kali seminggu dan tidak menggunakan alat pencegah kehamilan. Tapi tidak juga hamil dalam waktu dua tahun.

2) Anda dan pasangan berusia 35 tahun atau lebih,aktif secara seksualdengan tidak menggunakan alat pencegah kehamilan tetapi tidak juga hamil dalam waktu 6 bulan.

3) Anda memiliki riwayat haid yang tidak teratur,sempat berhenti haid beberapa bulan malah berhenti haid sama sekali.

4) Anda pernah mengalami keguguran sebanyak dua kali atau lebih

5) Anda menderita keradangan pada rongga pinggul atau merasakan kepanasan membakar di daerah sekitar vagina dan keluar lendir berbau dari vagina.

6)Anda atau pasangan pernah mengalami penyakit jangkitan kelamin.

7)Anda dan pasangan pernah menjalani rawatan mengubati penyakit kanser

8) Pasangan anda mengalami penurunan keghairan seksual atau kesakitan waktu ejakulasi.


Jalanai ujian 

Bagi mengetahui punca ketidaksuburan sekunder,doktor akan menjalani ujian untuk kedua-dua pasangan kelamin.

Ujian untuk isteri 

Ujian darah dijalankan unuk mengukur sejumlah senyawa tertentu di dalam darah seperti hormon progestron yang diambil pada pertengahan haid,hormon ganodotropin untuk mengetahui sama ada wujud gangguan pada fungsi ovari yang menggangu produksi sel telur.Ujian prolaktin untuk mengetahui sama ada wujudnya gangguan atau tumor pada kelenjar pituitari iaitu hormon yang mengawal menghasilan susu ibu.


Pemeriksaan perubatan untuk mengetahui sama ada wujudnya gangguan,kelainan,penyumbatan atau ketidaknormalan yang berlaku pada pelbagai organ reproduksi.Misalnya penyumbatan pada saluran ovari yang menyebabkan sel telur matang tanpa dimasuki oleh sel sperma. Ia dilakukan dengan  Ultra sono Grafi (USG) di sekitar vagina dan pemeriksaan ringga pinggul.

Pemeriksaan tambahan juga akan dilakukan berdasarkan ujian darah dan pmeriksaan perubatan sehingga punca yang lebih spesifik dapat diketahui.


Ujian untuk suami 

Pemeriksaan sperma untuk menganalisis kualiti semen dan sperma termasuk mengetahui bentuk, ukuran,kemampuan gerakan speram untuk berenang dan mencapai sel telur seterusnya ddapat dilakukan senyawakan.

Pmeriksaan organ reproduksi untuk mengetahui kemampuan testi menghasilkan sperma berkualiti yang baik,kemmampuan penis berejakulasi dan ada atau tidak sumbatan pada saluran sperma.Pemeriksaan ini dapat dilakukan beberapa kali seiring dengan terapi yang dijalani.

Bagi mengatasi masalah ketidaksuburan sekunder dengan baik,anda dan pasangan perlu membuka minda dan menjalani komunikasi yang baik.Walaupun pada akhirnya anda berdua tidak juga memperoleh anak,cubalah bersyukur si buah hati yang telah lahir sebelum ini dalam hidup anda berdua.



Jika anda ingin mencuba set kesuburan shaklee Sila klik sini 


Hubungi saya sekarang di:


Call/whatsupp 0193401758 


Email:narcyshoppe@gmail.com



Atau add fb saya narcy ondon 







Read More
Terima kasih kerana membaca entry saya. Sila datang lagi.

Friday 19 September 2014

Kepentingan DHA Untuk Minda

Dalam kebanyak produk makanan untuk  kanak-kanak  sering menekankan kepentingan DHA untuk perkembangan minda yang cerdas.Namun apakah sebenarnya DHA tersebut?Benarkah ia penting dalam tumbesaran kanak-kanak yang lebih sihat dan cerdas? 


DHA (asid dokosaheksaenoik) adalah nutrisi penting yang diperlukan untuk perkembangan otak selain daripada zat besi, zink dan asid folik. DHA merupakan sejenis asid lemak Omega-3 yang boleh didapati dalam sel setiap tubuh.


DHA penting untuk perkembangan otak, mata dan sistem saraf pusat. Menurut kajian bayi berusia 6 bulan sehingga kanak-kanak 2 tahun memerlukan sebanyak 100miligram DHA untuk perkembangan otak mereka. 


DHA merupakan elemen utama yang diperlukan untuk membuat sel membren neuron yang menjadi penghubung antara sel yang lain serta  mempengaruhi fungsi neurotransmitter  acetylcholine  dan membantu sel otak berhubung. 

Pada usia awal, kanak-kanak memerlukan pelbagai jenis sumber makanan antaranya karbohidrat, lemak, protein,fiber,mineral dan vitamin.DHA adalah salah satu  lemak baik yang terdapat di seluruh  badan. Ia adalah lemak struktur yang disalurkan terus kepada tisu dalam otak bagi memastikan ia berfungsi dengan baik. 


Anatara kebaikan DHA kepda kanak-kanak ialah: 


1) Meningkatkan daya fokus

2) Untuk perkembangan otak yang baik

3) Menajamkan penglihatan 

4) Meningkatkan sistem imun tubuh 

5) Mencegah ekzema  




Jumlah DHA yang diperlukan oleh kanak-kanak mengikut usia

1 hingga 2 tahun -100 hingga 120 miligram DHA setiap hari.

2 hingga 4 tahun - 100 hingga 150 miligram DHA setiap hari. 

4 hingga 6 tahun - 150 hingga 200 miligram DHA setiap hari.


Makanan yang kaya dengan DHA:  

Ikan laut seperti tuna, salmon,trout,sadin, ikan bilis mengandungi 10 hingga 100 kali lebih DHA daripada sumber  makanan yang bukan berasal dari laut seperti kacang,bijrin penuh dan sayuran hijau.

Telur,ayam, kekacang sayur-sayuran seperti brokoli dan alga.



Pada ibu bapa yang ingin memberikan suplemen yang kaya dengan DHA Omega guard shaklee adalah pilihan yang tepat.Dimana kandungan DHA dan EPA adalah tinggi, dijamin selamat dan semestinya dijamin sentiasa berkesan serta mesra alam.. 




Detail tentang Omega Guard shaklee sila KLIK SINI 


Untuk mendapatkan produk shaklee kesukaan anda, anda boleh menghubungi saya di: 


Call/whatsupp:019-3401758


Email: narcyshoppe@gmail.com


add Fb saya narcy ondon dan anda boleh pm saya di fb..


Konsultasi diberikan selepas pembelian dan sepanjang anda mengamalkan produk tersebut



Read More
Terima kasih kerana membaca entry saya. Sila datang lagi.

Wednesday 17 September 2014

Herbal Blend Multi- Purpose Cream Shaklee Bantu Atasi Masalah Ruam Dan Kulit Gatal

Herbal blend multi purpose cream diperbuat daripada sage,horse chesnut,yarrow dan rosemary.krim yang melegakan dan telah diuji secara klinikal ini berkesan untuk melembutkan kulit anda,termasuk kulit yang kasar dan keras pada lutut, siku dan kaki.Dengan kesejukan mentol dan tidak melekit.


Antara manfaat  krim serbaguna Herbal Blend selain untuk melembutkan kulit ialah:

1) Membantu mengurangkan ekzema 
2) Membantu mengurangkan keadaan kulit melecur
3)Menghilangkan parut termasuk campak dan chicken pox
4)Memberi kelegaan kerana akibat ketidakselesaan akibat demam
5)Bagus untuk luka kecil dan calar
6)Mengurangkan ruam susu
7)Mengurangkan ruam panas
8)Mengurangkan bekas gigitan nyamuk atau serangga
9)Menyelesaikan masalah kulit gatal



Keistimewaan  krim Herbal blend shaklee denagn krim lain yang ada di pasaran ialah, ianya bebas bahan kimia yang merbahaya seperti steriod,bebas paraben dan semestinya diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi serta dijamin sentiasa selamat, berkesan dan mesra alam..Jadi anda tak perlu risau atau was-was ya.. 



Saya sertakan testimoni dari pengguna herbal blend untuk tatapan anda semua..

Testimoni 1.




Testimoni 2. Ruam pada muka baby semakin baik selepas menggunakan herbal blend





Testimoni 3.. Luka dan gatal di kaki beransur pulih selepas seminggu menggunakan herbal blend.








Sekian sahaja untuk perkongsian testimoni tentang herbal blend shaklee ni.


Jika anda berminat untuk mendapatkan produk ini atau mana-mana produk shaklee anda boleh menghubungi saya di:


Call/whatsupp : 0193401758


Email:narcyshoppe@gmail.com


Atau anda juga boleh menghubungi saya melalui fb narcy ondon 

Setiap pembelian produk shaklee dari saya anda layak mendapatkan konsultasi sepanjang mengamalkan produk tersebut.. 




Read More
Terima kasih kerana membaca entry saya. Sila datang lagi.

Tuesday 16 September 2014

Bahaya Keputihan Ketika Hamil Dan kesannya Terhadap Bayi Dalam Kandungan

Keputihan yang adalah masalah yang kerap dialmai oleh wanita, lebih-lebih lagi bagi wanita yang sedang hamil dimana secara alaminya akan berlaku perubahan hormon semasa kehamilan yang akan memicu kepada peningkatan pengeluaran cairan vagina dan  penurunan pH. 


Ketidakstabilan ini juga adalah antara punca utama yang akan memungkinkan tercetusnya masalah keputihan dikalangan wanita yang hamil.. 

Keputihan ketika seseorang itu sedang hamil boleh dikategorikan sebagai normal jika cairan yang keluar berwarna jernih atau sedikit kekuningan dan kental seperti lendir dengan tidak disertai bau dan kegatalan.Namun jika cairan yang keluar disertai bau,gatal, rasa ngeri ketika membuang air kecil dan warnanya pula telah bertukar kehijauan atau bercampur sedikit darah maka keputihan tersebut boleh dikatakan sebagai abnormal dan risiko ianya mengganggu atau membawa kemudaratan kepada kesihatan ibu dan janin tidak terkawal. Maka rawatan yang sesuai semasa kehamilan amat diperlukan segera bagi mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini. 


Kita selalu dengar orang tua-tua cakap jangan suka makan makanan sejuk sebab boleh tambah lagi masalah keputihan. Namun sejauh manakah kebenarannya? Jom  teruskan pembacaan anda.




Antara beberapa mitos dan fakta keputihan ketika hamil yang perlu diketahui

Mitos 1  : Makanan seperti timun atau nenas seringkali dituduh sebagai penyebab keputihan  


Fakta: Keputihan bukan disebabkan oleh makanan tertentu dan tentusekali bukan nenas yang ternyata  kaya dengan vitamin C.Realitinya tiada makanan tertentu yang menjadi punca kepada berlakunya keputihan semasa atau sesudah hamil.  


Mitos 2 : Pengunaan intimate wash atau antiseptik yang disangkakan dapat mencegah keputihan.


Fakta: Penggunaan antiseptik sebagai pembersih vagina hanya  akan menyebabkan ‘gangguan’ kepada flora normal yang ada dalam vagina (lactobacillus ). Walhal , flora normal ini amat diperlukan  tubuh untuk mengawal vagina pada pH yg seimbang supaya  flora (kuman) abnormal tidak dapat membiak di kawasan tersebut seterusnya menghindari dari bahaya jangkitan keputihan ketika hamil 



Bahaya keputihan ketika hamil serta kesan yang bakal dibawa terhadap bayi 


Kulat dan bakteria merupakan antara mikro organisma yang paling dominan dalam masalah keputihan abnormal ketika hamil. Kandidiasis atau jangkitan kulat kandida adalah penyebab keputihan terbanyak yang dialami wanita hamil,diikuti oleh jangkitan bakteria vaginosis,trikomoniasis dan gonorrhoea. 


Keputihan abnormal yang dialami oleh wanita hamil boleh membahayakan kehamilan ibu dan keselamatan janin jika tidak dirawat dengan segera. 

Berikut adalah antara beberapa bahaya dan kemudaratan yang boleh berlaku jika seseorang wanita yang mengalami keputihan yang abnormal sewaktu hamil.


1. Chlamydia
Keputihan yang dibawa  oleh   Chlamydia dapat menyebabkan berlakunya kelahiran  pra matang  pada bayi akibat pecahnya selaput ketuban sebelum tiba waktunya. Selain itu  juga boleh mengakibatkan keguguran malahan kematian ibu dan janin jika tidak segera ditangani dengan serius.


2. Kuman Herpes Simpleks
Keputihan yang disebabkan oleh kuman Herpes Simpleks dapat menyebabkan radang pada otak bayi (ensefalitis).


3.Candida Albican 
Keputihan yang disebabkan oleh kulat kandida dapat meningkatkan risiko berlakunya (epilepsi) pada bayi.


4.Kuman HPV 
Keputihan yang disebabkan oleh kuman HPV boleh menyebabkan gangguan pernafasan dan gangguan pencernaan bayi sehingga boleh mengakibatkan kematian

5.Neisserea Gonorrhoea 
Keputihan yang disebabkan oleh Neisserea Gonorrhoea dapat menyebabkan jangkitan pada mata bayi sehingga boleh mengakibatkan buta.



Jika anda wanita hamil yang sedang mengalami masalah keputihan yang serius, segeralah berjumpa dengan doktor anda untuk mengelakkan perkara yang tidak diingin berlaku tehadap kehamilan anda.. 





Read More
Terima kasih kerana membaca entry saya. Sila datang lagi.

Sunday 7 September 2014

Penjagaan Gigi Ketika Hamil




Gambar sekadar hiasan 

Ramai wanita hamil mempunyai masalah gusi dan gigi kerana gusi mereka mudah menjadi bengkak, mudah berdarah, dan makanan yang dimakan mudah terselit di antara gigi dan gusi. Hal ini berlaku disebabkan perubahan hormon semasa hamil.



Peningkatan hormon estrogen sewaktu kehamilan adalah antara penyebab gusi yang di dalamnya terdapat pembuluh darah yang lebih mudah bengkak. Sewaktu bersentuhan dengan benda asing seperti ketika menggosok gigi, gusi akan lebih mudah berdarah dan dijangkiti kuman. 

Rasa mual atau morning sickness yang dialami oleh ibu hamil boleh meningkatkan tahap keasidan mulut sekaligus boleh menyumbang masalah gusi dan gigi berdarah. Gangguan ini  besar kemungkinan boleh menyebabkan gigi anda tidak dapat dijaga dengan baik. 


Cegah masalah gigi

Selain mendapatkan rawatan daripada doktor gigi, seseorang ibu hamil boleh menjaga kesihatan gigi dan gusi dengan melakukan rutin seperti berikut.

1) Bersihkan gigi dengan teratur 

Jika perlu gunakan dental floss  setiap hari setelah selesai makan dan sebelum tidur.Penggunaan ubat kumur yang mengandungi anti-septik juga boleh membantu membersihkan permukaan gigi. Ia mampu menghilangkan sisa makanan dan menghilangkan lapisan plak sekligus membebaskan kuman secara keseluruhan dari rongga mulut.Selain itu setiap kali selepas muntah gosok  gigi anda dan berkumurlah. 

2) Jaga pemakanan

Untuk mengelakkan jangkitan kuman pada gusi dan gigi ibu hamil dinasihatkan agar mengambil makanan seimbang.Pengambilan makanan yang kaya dengan Vitamin B6 dan C dapat membantu menjaga gusi agar tidak mudah berlaku pendarahan. Vitamin B6 boleh diperolehi daripada biji-bijian dan kacang. Anda juga boleh mengambil suplemen yang mengandungi Vitamin B6 seperti Vitamin B Complex shaklee..  

Manakala vitamin c boleh diperolehi dengan pengambilan buah-buahan berwarna cerah dan segar seperti oren,betik, jambu dan sayuran berwarna hijau.. Atau anda boleh mengambil suplemen tambahan Vitamin C yang selamat dan sesuai untuk ibu hamil.. Vitamin C sustained release shaklee adalah pilihan yang tepat kerana ianya semulajadi, bebas bahan kimia, dan paling penting nutriennya akan dilepaskan secara perlahan-lahan mengikut keperluan badan dan mampu bertahan sehingga 5 jam lamanya.. 



Sementara itu ibu hamil juga perlu memastikan zat kalsium yang diambil mencukupi.Ia bagi memastikan keadaan gigi si ibu kekal sihat dan gusi sihat.Pengambilan kalsium yang cukup semasa hamil juga amat penting agar bayi dalam kandungan mendapt zat kalsium yang diperlukan. Masalah kaki kejang terutamanya di waktu malam dikatakan ada kaitan dengan masalah kekurangan kalsium.. jadi, ibu-ibu di luar sana jangan lupa minum susu atau bagi anda yang tidak gemar minum susu, anda boleh gantikan dengan Ostematrix (kalsium shaklee). 

Ostematrix shaklee ialah gabungan kalsium karbonat,kalsium sitrat, dan kalsium sitrat malet disamping mengandungi magnesium dan vitamin D yang mana ianya tidak menyebabkan sembelit dan kita lebih selamat daripada risiko mendapat batu karang. 




Rawatan

Yayasan Kesihatan Dental British menasihatkan pada wanita hamil supaya mengurangkan prosedur-prosedur agresif ketika pemeriksaan gigi. Beritahu doktor bahawa anda sedang hamil, dan umur kehamilan. Prosedur-prosedur yang agresif haruslah diminimakan ketika tempoh kehamilan. Ini termasuk menampal ( filling) menggunakan amalgam. 

Jika perlu menampal gigi untuk mengurangkan risiko mendapat jangkitan kuman pada gigi, seelok-eloknya dilakukan selepas umur kehamilan mencapai fasa trimester kedua. 

Manakala prosedur pemutihan gigi haruslah ditangguhkan sehingga melahirkan anak. Ini akan mengurangkan apa jua risiko pada bayi.

saya bimbang dengan ubat bius yang diberikan. Bolehkah saya memakan antibiotic ketika hamil? 

Inilah perlunya wanita hamil memberitahu doktor tentang kehamilannya. Beberapa ubat antibiotik yang digunakan adalah selamat. Antibiotik yang diberikan oleh doktor biasanya dalam kategori B yang selamat digunakan semasa hamil.


Begitu juga dengan ubat bius, sebagai contoh Lidocaine yang digunakan sebagai pelali tidak menjejaskan bayi dalam kandungan kerana jumlahnya sedikit.Malah suntikan ke gusi hanya menyebabkan rasa kebas pada tempat yang disuntik, bukannya ke seluruh badan. 


Bagaimana dengan sinar x-ray  yang diberikan pada wanita yang hamil ?

Ia perlu dielakkanya pada wanita hamil terutama pada fasa trimester pertama kerana pembentukan organ janin sedang berlaku.Tangguhkan sehingga melahirkan kecuali ia benar-benar perlu. 




Bagi anda yang ingin mendapatkan mana-mana produk shaklee anda boleh menghubungi saya di:


Call/whatsapp  0193401758


Email: narcyshoppe@gmail.com


atau add Fb saya narcy ondon 


Kawasan COD: Ampang, kl, pandan jaya, cheras dan maluri.






Read More
Terima kasih kerana membaca entry saya. Sila datang lagi.

Mommy Rachel@2012. Powered by Blogger.
 
Copyright Mommy Rachel © Design By Cik Nurfarah