Friday 31 August 2012

Faktor Sukar Hamil Yang Harus Diketahui

Antra faktor yang diketahui melambatkan proses kehamilan ialah...

  1. masalah ovulasi
  2. masalah haid tidak normal atau tidak teratur
  3. saluran folopio mungkin tersumbat
  4. Rahim bermasalah
  5. Penyakit kelamin
  6. Masalah hormon
  7. umur
  8. Tekanan
  9. Pemakanan seharian
  10. Aktiviti sukan berlebihan
  11. Berat badan berlebihan
  12. Tabiat merokok
  13. Ketagihan alkohol
Setelah dikenalpasti masalah yang anda dan pasangan hadapi,bolehlah mengambil langkah-langkah wajar untuk mengatsinya.
Seterusnya saya kongsikan tips yang ditunggu yakni beberapa petua hamil yang boleh dilakukan.Petua ni boleh dilakukan oleh kedua-dua pihak suami mahupun isteri.

  • Belajar berfikiran terbuka dan positif.Elakkan perasaan yang negatif sehingga mendorong perasaan stress.
  • Fokus dan niatkan di dalam hati agar mudah hamil. Jangan lupa berdoa selepas setiap kali lepas solat ( bagi yg beragam muslim)
  • Jaga pemakanan anda.Hanya nikmati makanan yang sihat,halal dan suci.Dikatakan bahawa mengamalkan meminum madu,memakan bawang putih dan tiram membantu proses kehamilan.
  • Berhenti merokok adalah langkah terbaik bukan saja dari segi memudahkan kehamilan
  • Makanan mengandungi anti-oksida juga elok diamalkan seperti sayuran hijau dan tomatao
  • Pengambilan vitamin E dan C boleh membantu.~ vitamin E shaklee meningkatkan kesuburan sama ada lelaki mahupun wanita.. 
Sumber asal:Tips berkesan agar mudah hamil`~ julmazli.com

Nak tengok tips cara mudah hamil dari aspek hubungan SEKSUAL KLIK SINI 
Read More
Terima kasih kerana membaca entry saya. Sila datang lagi.

Sunday 26 August 2012

Minuman Semasa Berpantang


MINUMAN DALAM PANTANG


REBUSAN MANJAKANI

Bahan-bahannya
500 ml air
30 gm halia muda – di hiris
20 gm kunyit tua – di hiris
5 biji buah manjakani
2 keping asam keping.

Caranya
  1. Satukan semua bahan ke dalam periuk
  2. Jerang di atas api sederhana hingga mendidih
  3. Perlahankan api dan renehkan selama 10 minit
  4. Tapis dan minum setelah suam.



REBUSAN PEGAGA

Bahan-bahannya
5 cawan air
50 gm pegaga

Caranya
  1. Rebus pegaga bersama air hingga tinggal anggaran 3 cawan.
  2. Tapis dan minum setelah suam.
  3. Amalkan 2 x sehari



REBUSAN HALIA / BANDREK

Bahan-bahannya:
1 ketu l Gula Kabung
4 ketul size 4 ”Halia Tua (Di hiris)
2 batang serai (Di hiris)
1 Ikat Daun Pandan
3-4 batang Kayu Manis
2 Cubit Cengkih

Caranya
  1. Rebus semua bahan di atas dengan air ¾ penuh periuk.

NOTA : Bahan di atas untuk kegunaan 4 hari….selepas 4 hari buat yang
Baru



JUS HALIA KURMA

Bahan-bahannya
200 gm halia
20 biji buah kurma
750ml air masak

Caranya
  1. Tumbuk halia hingga lumat.
  2. Belah 2 biji kurma dan buangkan bijinya.
  3. Jerang halia , kurma dan air dalam periuk. Renehkan selama 3 jam.
  4. Bila mendidih, perlahankan api.
  5. Tapis dan kemudian hidangkan panas atau suam.




REBUSAN MANJAKANI

Bahan-bahannya
5 biji buah manjakani
500ml air
2cm kunyit tua
2 keping asam keping

Caranya
  1. Satukan semua bahan dalam periuk
  2. Jerang di atas api sederhana hingga mendidih
  3. Perlahankan api dan renehkan selam 10 minit.
  4. Tapis dan minum air ini setelah suam.
  5. Manjakani berfungsi untuk mengering dan mengetatkan pangkal
  6. Rahim. Tidak sesuai di minum oleh gadis kerana di takuti penyebab mandul.




REBUSAN PEGAGA
Bahan-bahannya
2 ikat daun pegaga
5 cawan air

Caranya
  1. Rebus pegaga dengan air dalam periuk hingga tingga anggaran 3 cawan air rebusan ini.
  2. Apabila suam, minum 2 kali sehari.
    • minuman air rebusan pegaga ini membersihkan darah dalam tubuh ibu yang baru melahirkan   
Nak tengok makanan dilarang semasa pantang KLIK SINI

Read More
Terima kasih kerana membaca entry saya. Sila datang lagi.

Saturday 25 August 2012

Makanan Dilarang Semasa Pantang

Pemakanan ialah aspek yang amat penting dalam rawatan pantang bersalin. Ini kerana proses kehamilan telah mengganggu keseimbangan hormon ibu. Mereka mengalami pelbagai bentuk tekanan dan gangguan emosi akibat perubahan fizikal. Apalagi semasa melahirkan anak, tenaga dikerah dengan hebat, urat saraf banyak yang cedera dan terjadi luka di bahagian tertentu.

Mengikut sesetengah petua Melayu, ibu-ibu dalam pantang disyorkan makan nasi berlaukkan ikan masin atau ikan panggang berkunyit dan meminum air mengikut sukatan jari (dua ruas jari untuk sekali minum). Akibat diet cara ini (kurang berzat dan kurang air) ibu-ibu terdedah kepada risiko penyakit buah pinggang dan tekanan darah rendah.

Oleh sebab itulah makan perubatan moden menentang amalan berpantang cara Melayu. Ingin diingatkan, cara pemakanan tersebut bukanlah cara Melayu tradisional yang sejati tetapi merupakan sebahagian cara hidup mereka yang kurang berkemampuan.


Jadual Makanan Yang Boleh Dimakan dan Tidak Boleh Dimakan Semasa Pantang


BOLEH
TIDAK BOLEH

AYAM & DAGING



  • Burung puyuh
  • Burung merpati
  • ayam hitam
  • ayam didik
  • ayam selasih
  • ayam kampung
  • daging batang pinang

  • Ayam biasa (takut gatal)

IKAN

Penting:
Ikan berbisa jika dimakan oleh ibu-ibu dalam pantang boleh menyebabkan turun darah dan bentan

Ikan haruan menyembuhkan luka.
Ikan yu membanyakkan susu ibu
  • Ikan haruan
  • Ikan yu
  • Ikan selar
  • Ikan gelama
  • Ikan jenahak
  • Ikan merah
  • Ikan tenggiri
  • Ikan kurau
  • Ikan bawal putih
  • Ikan senangin
  • Ikan bilis
  • Ikan kering
  • Ikan masin
  • Ikan keli
  • Ikan bawal hitam
  • Ikan terubuk
  • Ikan duri
  • Ikan pari
  • Ikan sembilang
  • Ikan parang
  • ikan kembung
  • Ikan tamban
  • Ikan cencaru
  • Ikan tongkol
  • makanan laut
    • udang
    • sotong
    • kerang


ULAM ULAMAN

Ulam-ulaman ini mengandungi fiber, zat galian (mineral) dan pelbagai vitamin, termasuklah A, C dan E, bersifat anti oksidan.

Jantung pisang membanyakkan susu ibu

Ulam kunyit mengembalikan kecergasan badan dan
menyembuhkan luka dalaman

  • halia
  • Serai
  • Lengkuas
  • pucuk pegaga
  • pucuk mengkudu
  • pucuk ulam raja
  • lempuyang
  • jantung pisang rebus
  • daun atau ubi cekur
  • bunga kantan
  • kunyit hidup
  • daun lemuni hitam
  • daun kaduk
  • daun sekentut
  • daun kesum
  • daun cemumar
  • daun pudina
  • daun kari
  • daun bebuas
  • daun ruku




SAYUR-SAYURAN /

Penting:
Mengambil sayur-sayuran menjalar, sejuk serta berangin boleh menyebabkan ibu-ibu kembung dan sakit-sakit badan.

Lobak putih dan peria membanyakkan susu ibu

Peria memudahkan buang air besar, membantu membersih dan melancarkan peredaran
darah dalam tubuh.

  • Ubi kentang
  • Peria
  • Sawi
  • Lobak merah
  • Lobak putih


  • Ubi kayu
  • Kangkung
  • Petola
  • Terung
  • Cili
  • Timun
  • Tomato
  • Brokoli
  • Kubis
  • Seledri
  • Terung
  • Timun
  • sayur keladi
  • pucuk ubi
  • pucuk paku
  • bayam
  • sayur atau daun keti (bunga putih)
  • kacang panjang
  • kacang botol
  • labu
  • rebung
  • jeruk maman
  • petai
  • jering


BUAH-BUAHAN

Penting:
Makanan tersebut dilarang kerana dapat mengakibatkan sakit tulang dan sejuk otot serta lemah sendi. Penyakit-penyakit tersebut diketahui telah banyak berleluasa di barat dan dikenali sebagai artritis dan rheumatisme.
  • Buah anggur
  • Kurma
  • Oren
  • Epal merah
  • Strawberi
  • Peach
  • Prune
  • Kismis
  • Longan cina

  • Nenas
  • Limau
  • buah lai
  • tembikai susu
  • tembikai merah
  • tembikai cina
  • epal hijau
  • kiwi
  • buah pear
  • pisang
  • jambu
  • belimbing
  • durian belanda
  • mangga
  • betik
  • ciku
  • langsat
  • nangka
  • cempedak
  • pisang masak hijau
  • pisang nangka
  • pisang embun
  • pisang udang
  • ubi kayu
  • ubi keladi
  • sengkuang
  • manggis
  • macang
  • kuinin
  • binjai



LAIN-LAIN MAKANAN

Asam jawa membantu membuang air besar selain dari
menyegarkan tubuh badan 
  • Biskut
  • Roti
  • Nestum
  • Quaker Oat
  • Cornflakes
  • Masakan panggang
  • Masakan rebus
  • Masakan kukus
  • Masakan bakar
  • Masakan salai
  • Asam jawa
  • Asam keping
  • Tempe
  • Burger
  • Nugget
  • Sosej
  • Bihun
  • Mee
  • Kuey teow
  • Laksa
  • Telur
  • Semua jenis ubi
  • Semua jenis makanan laut
  • Masakan berminyak boleh tetapi sedikit/jarang-jarang


AIR

Penting:
Ibu-ibu tidak boleh minum minuman sejuk, tajam dan jus daripada buah-buahan yang dilarang

Air kunyit mengecutkan rahim dan mencuci darah.

Air rebusan pegaga ini membersihkan darah dalam tubuh ibu yang baru
melahirkan anak.
Manjakani berfungsi untuk mengering dan mengetatkan pangkal rahim.

Air jus halia kurma boleh membuang angin dalam badan dan menambah tenaga.

Air madu memanaskan badan.

  • air suam
  • air pati kunyit
  • jus pegaga
  • air halia
  • air kopi
  • air manjakani 
  • jus halia kurma
  • air madu
  • air ais
  • air sejuk
  • air bergas
  • air tebu
  • air cincau
  • air kelapa muda
  • air jus buah-buahan yang dilarang



Harap dapat membantu kepada semua ibu-ibu khususnya yang bakal melahirkan anak pertama



Read More
Terima kasih kerana membaca entry saya. Sila datang lagi.

Friday 10 August 2012

Teknik Cepatkan Proses Keliharan

Proses kelahiran dihitung dari detik kontraksi sebenar pertama berlaku ataupun ketika air ketuban pecah.Manakala doktor pula akan mengira tempoh proses kelahiran bermula daripada pelebaran bukaan serviks berukuran 3 hingga 4 sentimeter.Hal ini kerana, ia merupakan titik permulaan fasa aktif dalam proses kelahiran.Bagi segelintir wanita,tempoh berkenaan mungkin dianggap sudah terlalau lama memandangkan sakit kontraksi telah pun berlaku beberapa jam sebelum itu.

Kelahiran anak pertama biasanya mengambil masa dalam tempoh lebih kurang lapan jam.Namun, ada juga yang lebih ataupun kurang daripada tempoh itu.Bagi anda yang pernah melahirkan sebelumnya pula akan melalui tempoh masa proses kelahiran yang lebih pendek.Walau bagaimanapun hal ini bergantung pada individu kerana setiap orang adalah berbeza.Namun yang demikian, secara puratanya tempoh masa yang diambil adalah sekitar lima jam.

Adakah anda tahu, bahawa ia bukanlah sesuatu yang lebih baik untuk anda dan bayi jika proses kelahiran  itu bergerak terlalu cepat.. Sesungguhnya,proses kelahiran yang berlaku terlalu pantas akan menimbulkan
keletihan kepada diri anda sendiri sama ada secara fizikal mahupun emosi.

Sementara itu, proses kelahiran boleh menjadi lambat atas pelbagai faktor.Salah satu sebabnya adalah perasaan takut..Persaan takut yang dirasai akan menyebabkan hormon kelahiran menjadi kacau bilau..... Kepada anda yang bakal melahirkan anak pertama anda dinasihatkan agar sentiasa positif, dan jangan biarkan perasaan takut mengusai diri anda..

Proses kelahiran juga mungkin menjadi lambat kerana kedudukan bayi di dalam kandungan yang tidak membolehkan dia memasuki saluran peranakan dengan betul,kontraksi yang dialami tidak begitu kuat ataupun pelvis anda tidak mempunyai bentuk atau saiz yang sesuai.

Menurut kajian terdapat satu per empat wanita dilahirkan dengna bentuk pelvis yang mirip seperti  pelvis seperti lelaki ( pelvis android).Bentuk sebegini  menjurus bayi untuk lebih cenderung mengambil posisi belakang-ke-belakang.Hal seperti inilah yang akan melambatkan dan menyukarkan proses kelahiran berlangsung dengan baik.

Semula jadinya,proses kelahiran mungkin lambat dengan tidak mempunyai apa-apa sebab.Ingatlah bahawa ia akan mengambil masa lebih lama untuk serviks melebar di lima sentimeter pertama berbanding lima sentimeter yang kedua.Hal ini disebabkan, apabila kontraksi menjadi lebih kuat, ia membantu serviks melebar dengan lebih cepat. Dibawa saya sertakan tips untuk membantu proses kelahiran secara semula jadi...,,

Teknik semulajdi cepatkan kelahiran...


  1. Berjalan- Apabila anda banyak bergerak ia dapat membantu menguatkan kontraksi dan membantu anda mempercepatkan proses kelahiran
  2. Buang air kecil dengan kerap kerana pundi kencing yang penuh boleh melambatkan prosese kelahiran kerana ia menghalang penurunan kepala
  3. Mandi menggunakan air suam atau masuk ke dalam kolam bersalin.
  4. Aplikasikan teknik-teknik pernafasan yang dipelajari di kelas antenatal jika anda berasa terlalu cemas
  5. Minta suami anda urut bahagian belakang secara lembut tetapi tegas
  6. Tukar posisi di atas katil( mengiring sebelah kiri) untuk memudahkan kepala bayi turun dengan cepat
  7. Hayunkan punggung dan membongkok ke depan semasa kontraksi berlaku dapat membantu rahim menolak menolak bayi agar masuk ke saluran peranakan..
Read More
Terima kasih kerana membaca entry saya. Sila datang lagi.

Thursday 9 August 2012

5 Sebaba Pengambilan Suplemen Tidak Berkesan.

Ada segelintir kumpulan pengamal vitamin yang merasakan tidak mendapat apa-apa manfaat dari pengambilan vitamin atau supplement mereka disebabkan oleh beberapa faktor :

1. Pengambilan air kosong dipandang remeh.
Ramai yang ada masalah untuk amalkan minum air masak kosong dan lebih suka yang bewarna dan berperisa. Air yang manis boleh meningkatkan kepekatan darah serta menyebabkan kegemukan.
Kita disarankan mengamalkan banyak minum air masak apabila mengamalkan pengambilan vitamin supaya penyerapan vitamin oleh tubuh berlaku dengan lebih baik.

2. Elakkan makan vitamin secara banyak sekaligus pada satu masa.
Apabila kita makan semua vitamin secara sekaligus, ini meningkatkan kepekatan darah kita hanya pada masa-masa tertentu. Ramai yang suka amalkan ini apabila waktu hendak tidur sedangkan pada masa selepas itu kita akan kurang minum air. Maka cuba agih-agihkan pengambilan vitamin anda mengikut kesesuaian dan keperluan anda agar kepekatan darah tidak meningkat secara mendadak pada satu satu masa. Ini juga membantu agar buah pinggang tidak terlalu dibebani pada satu satu masa tertentu sahaja.

3. Elakkan pengambilan vitamin bersama ubat.
Sekiranya anda dalam pemantauan doktor atas masalah kesihatan, elakkan mengambil ubat secara serentak dengan pengambilan vitamin kerana ini hanya akan menyebabkan darah bercelaru dan tidak dapat menyerap vitamin dengan baik. Cuba sediakan jadual, sekiranya selepas makan pagi anda mengambil ubat doktor maka anda boleh amalkan vitamin pada waktu tengahari atau malam. Namun sekiranya anda perlu makan ubat secara berturutan, pagi dan petang, maka amalkan vitamin selepas 1-2 jam selepas pengambilan ubat doktor.

4. Kurangkan pengambilan kafien dalam diet harian.
Tahukah anda pengambilan kafien boleh merosakkan vitamin yang sedia ada dalam badan? Maka pengambilan minum yang berkafien yang tinggi secara berterusan boleh membazirkan vitamin yang kita amalkan selama ini. Maka kita tidak akan mendapat kesan seperti yang diharapkan sama sekali disebabkan vitamin rosak disebabkan pengambilan kafien secara berterusan.

5. Pantang larang makan vitamin.
Tahukah anda pengambilan multivitamin yang lengkap dengan zat besi tidak boleh diambil bersama air susu? Ini kerana ia akan mengganggu penyerapan zat besi itu sendiri. Tahukah anda vitamin E tidak boleh diambil bersama alfalfa kerana alfalfa boleh mengganggu penyerapan vitamin E oleh tubuh badan manusia. Ada beberapa lagi yang perlu kita ketahui seperti pengambilan Alfalfa tidak disarankan untuk ibu mengandung kerana boleh mengakibatkan risiko keguguran di awal kehamilan.

TIPS UNTUK IBU MENYUSU.

Makanlah vitamin yang fokus untuk membantu ibu menjayakan penyusuan. Utamakan niat yang utama. Supaya tidak terlalu banyak vitamin yang anda amalkan dan dikhuatiri pengambilan air tidak sekata. Sekiranya anda membeli, maka dapatkan jadual makan yang betul dan pastikan anda tahu fungsi kebaikan vitamin yang anda beli!

Dan akan saya update lagi nanti ....apapun makanlah dengan ilmu. Jangan beli vitamin jika anda tidak tahu apa kebaikan vitamin yang anda amalkan. Sila call pengedar jika anda inginkan jadual panduan makan dan bagi ibu menyusu panduan pengambilan vitamin yang betul untuk mempercepatkan penghasilan susu ibu.

Kredit Norita Iidris

Read More
Terima kasih kerana membaca entry saya. Sila datang lagi.

Mommy Rachel@2012. Powered by Blogger.
 
Copyright Mommy Rachel © Design By Cik Nurfarah