Friday 23 December 2011

Shaklee Branches

Shaklee mempunyai beberapa cawangan seluruh Malaysia. Sekiranya anda berdekatan dengan salah satu cawangan Shaklee, dan ingin membeli sendiri produk dan menikmati potongan 15-30% (harga ahli Shaklee), anda boleh sms / telefon saya untuk mengetahui caranya.. serius,tak perlu pakai modal untuk dapatkan harga ahli.. istimewa hanya untuk anda, hanya di mamaachel.blogspot.com 

 Di bawah ni saya lampirkan cawangan-cawangan Shaklee seluruh Malaysia:
  • Shaklee HQ : JA-3A-02, Empire Tower, Empire Subang, Jalan SS16/1, 47500 Subang Jaya, Selangor. No Tel: 03-5622 3188
  • KL Branch : 31 Jalan 2A/27A Section 1 Wangsa maju Setapak, KL. No tel 03-41426442
  • Penang Branch : A-2 Jalan Todak Pusat Bandaraya Seberang Jaya , Perai. No tel 04-3974325
  • Ipoh Branch : 32 Medan Istana 1 Bandar Ipoh Raya , Ipoh . No tel 05-2418260
  • Johor Bahru Branch : 14 Jalan Molek 1/10 Taman Molek , JB. No tel 07-3525188
  • Kota Bharu Branch : 319 Section 25 Bandar Kora Bharu Jalan Sultan Yahya Petra, Kota Bharu. No tel 09-7478688
  • Kota Kinabalu Branch : Lot 7, Ground Floor Wisma Damai jalan Damai Luyang Kota Kinabalu. No tel 088-27208

Walaupun anda membeli sendiri, saya tetap akan berikan tips eksklusif dan cara pengambilan vitamin yang betul, serta konsultasi percuma yang berterusan (after sales service) dan anda akan diberi kebenaran untuk access ke group eksklusif tertutup kami di Fb.

Hanya sms saya sebelum anda walk-in ke branch berdekatan, dan saya akan beritahu caranya.. Hubungi 019-3401758/email k narcyondon@yahoo.com

Read More
Terima kasih kerana membaca entry saya. Sila datang lagi.

Friday 16 December 2011

Tips Tingkatkan Penghasilan Susu ~ Power Pumping


Ramai ibu yang bertanya power pumping tu macamna? Haa jom kita kupas lebih lanjut 
apa itu  power pumping.. Kaedah ini merupakan teknik mengepam yang sangat berkesan dalam membantu ibu-ibu untuk meningkatkan penghasilan susu.Caranya sungguh mudah! Apa yang diperlukan hanyalah pam dan  peruntukan masa selama sejam bagi menjayakan misi ini. 

Untuk makluman, teknik ini melibatkan rutin mengepam seperti yang lazim anda lakukan setiap hari. Namun dijalankan dengan cara yang lebih  unik daripada cara biasa.Idea asal kaedah ini ialah meniru corak bayi menyusu yang secara tidak disedari dapat meningkatkan pengeluaran susu ibu.

 Apa itu Power Pumping?

Merupakan teknik mengepam yg boleh membantu meningkatkan penghasilan susu. Ia melibatkan teknik dan cara mengepam yg biasa tapi dlm cara yg lebih unik. Ideanya adalah untuk meniru cara bayi menyusu, dan secara tidak langsung meningkatkan bekalan susu ibu.

Siapa yang perlukan Power Pumping?
  1. Ibu yg kekurangan susu, berusaha untuk memperbanyakan semula susu – akibat drpd perubahan hormon, period, kurang mengepam dan sebagainya.
  2. Ibu yg ingin relaktasi/ menyusukan semula si anak setelah berhenti menyusukan
  3. Ibu yang ingin menyusukan anak angkat – teknik ini digunakan untuk rangsang penghasilan susu

Macam mana nak buat Power Pumping?

Untuk Single pump – pam kanan dulu 10 minit, kemudian pam kiri plak 10 minit, tukar plak ke kanan 10 minit dan seterusnya, bertukar2 setiap 10 minit berterusan selama sejam.

Untuk Double Pump – Pam kedua2 belah serentak selama 10 minit, rehat/ stop pam 10 minit, sambung lagi pam 10 minit, rehat 10 minit dan seterusnya selama 1 jam.

Disarankan buat power pumping ni sekali sehari, seelok2 nya waktu mlm ke subuh, sbb hormon prolaktin  sangat tinggi  pada waktu sebegini.Walau bagaimana pun sekiranya anda mempunyai banyak masa terluang,anda sangat digalakkan untuk melakukannya lebih daripada sekali dalam tempoh 24 jam.

 Berapa lama masa diambil untuk dapat hasilnya?

Anda jangan ingat sekali buat terus susu jadi banyak yer. Power pumping perlukan masa sekurang2nya 1 minggu! Walaupun pada hari pertama hasil pam setitik dua atau ‘pam angin’ semata2, teruskan misi anda. Lazimnya, kesan daripada power pumping akan mula kelihatan selepas tempoh satu hingga ke-dua minggu.

Tidak dinafikan, ramai yang tidak tahan untuk meneruskan kaedah ini,pada pendapat mereka ia  merupakan sesuatu yang leceh dan memakan terlalu banyak masa.Jangan begitu! percayalah,usaha yang diiringai dengan kesungguhan dan kesabaran secara berterusan akan menjadi tonggak kejayaan yang tidak terbanding nilainya.Apa yang pasti anda akan berpuas hati dengan hasil yang bakal diperolehi kerana ia telah banyak membantu para ibu  menyajikan pulangan yang sangat memberangsangkan.

*** Kepada ibu-ibu bekerjaya yang sangat sibuk di pejabat dan terpaksa skip masa mengepam, anda sangat disarankan membuat power puming pada malam harinya,dan klu kita rajin buat power pumping   susu tak akan berkurang,malah bertambah dari masa ke semasa.

Tips Tambahan 
1.Tempatkan pam payu dara di lokasi bersesuaian di rumah agar anda dapat  melakukan kaedah PP di dalam keadaan yang tenang tanpa sebarang gangguan.

2.Anda tidak perlu menyejukkan susu di antara sesi mengepam atau mencuci corong pam (breast sheild) setiap kali berhenti rehat. Malah, anda boleh terus mengepam ke dalam botol yang sama.

3.Setiap jumlah perahan susu ibu di antara satu waktu dengan waktu perahan yang lain boleh dicampurkan.Namun pastikan setiap susu perahan itu disejukkan terlebih dahulu.Apabila sushunya sama,barulah semua hasil perahan power pumping disatukan di satu bekas.

4. Bagi yang Muslim, cuba tidur awal dan bangun di waktu awal pagi untuk melakukan solat sunat terutamanya tahajud.Selesai bersolat, anda bolehla memulakan rutin power pumping 

5.Letakkan selimut mahupun gambar bayi bersebelahan tempat anda mengepam. Atau lebih baik lagi, anda mengepam di sebelah bayi.Langkah ini sangat bagus kerana ternyata ia dapat membantu merangsang penghasilan susu yang banyak..

Sekarang ibu-ibu dah tahu apa itu power pumping, jadi semoga ianya dapat anda amalkan diharap dapat membantu para ibu sekalian. 

Selamat mencuba.. :) 

Jika anda berminat mana-mana produk shaklee hubungi saya di:
call/sms/whattsapp 0193401758
add Fb saya Nancy Rachy dan jangan lupa klik LIKE fanpage saya mommy rachel untuk mendapatkan info dan diskaun HEBAT..

konsultasi percuma hanya akan diberikan kepada customer mommy rachel sahaja..Pastikan anda membeli dengan saya atau pengedar yang sah untuk mendapatkan cara makan yang betul bagi setiap supplemen yang telah beli.


Read More
Terima kasih kerana membaca entry saya. Sila datang lagi.

Saturday 3 December 2011

Set Eu-Four Pack

Sejak dilancarkan set ni, banyak pertanyaan dan order yang diterima. Ramai yang sukakan set ini, sebab  ada antara ibu-ibu yang anaknya alah dengan alfalfa . Apapun, jika ditanya set mana yang lebih bagus dan selamat antara set B dan Eu-Four Pack, saya akan cadangkan Eu-Four Pack. Ini kerana kalsium sangat diperlukan dalam proses penyusuan. Dan uniknya kalsium (Ostematrix) Shaklee ini, ia terdapat magnesium yang berfungsi meningkatkan penyerapan kalsium ke dalam badan kita secara efektif.

Apa Istimewanya Set Eu-Four Pack?
  • Sangat bagus diambil oleh ibu-ibu menyusu untuk meningkatkan penghasilan susu dengan lebih cepat dan banyak
  • Sangat bagus diambil oleh ibu-ibu mengandung bagi mengelakkan rasa kejang ketika hamil dan memenuhi keperluan kalsium harian
  • Sangat bagus untuk melegakan sakit-sakit sendi dan tulang, bisa-bisa yang dirasai di tangan atau kaki, sakit belakang dan sakit lutut
  • Sangat bagus diberikan kepada ibu bapa kita supaya hilanglah sakit-sakit lutut / sendi / tulang mereka
  • Sangat bagus diberi kepada suami / isteri untuk kesihatan dan memberi tenaga

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai set ini, jom kita tengok kandungannya:

1) Vitamin B Complex

Vitamin ini sangat penting untuk menukarkan makanan yang kita ambil kepada tenaga, meningkatkan pembentukan sel darah merah dan meningkatkan penghasilan susu. Ia membantu meningkatkan tenaga, mengurangkan kelesuan dan stress. Justeru,vitamin ini bertindak sebagai penenang dan meningkatkan fokus. B complex juga memelihara kulit dari dalam dan penting untuk kecantikkan, sesuai dengan namanya "B" for beauty.

2) Vitamin C

Membantu meningkatkan sistem pertahanan badan dan sangat penting untuk membentuk kolagen. Bertindak sebagai anti oksidan dan berperanan dalam membentuk kulit yang cantik. Membantu pembentukkan sel-sel baru, mempercepatkan proses penyembuhan luka dan demam serta berupaya mencegah penyakit barah.

3) Vitalea (Multivitamin)

Mengandungi vitamin dan galian yang diperlukan oleh tubuh badan manusia, formula lengkap dengan zat besi. Vita Lea adalah multivitamin dan multimineral, yang mengandungi 23 jenis vitamin mineral yang lengkap untuk keperluan harian. Membekalkan tubuh ibu dengan nutrient yang perlu agar ibu sentiasa sihat, cergas dan bertenaga. Dilengkapi dengan zat besi yang amat diperlukan oleh ibu yang menyusukan anak.

4) Kalsium

Kalsium sangat penting bagi ibu-ibu menyusu. Ini kerana susu ibu itu sendiri komponen utamanya ialah kalsium dan protein.Jika ibu tidak mengambil kalsium secukupnya,bagaimana badan ibu itu hendak menghasilkan susu yang banyak dan berkualiti? Disebabkan itu, ibu-ibu digalakkan minum susu secukupnya dan makan makanan yang kaya dengan kalsium seperti ikan bilis. Ada juga yang yang alah dan tidak suka minum susu, maka pilihan yang paling bijak ialah dengan mengambil Ostematrix (Kalsium) Shaklee. Ostematrix membekalkan 1000mg kalsium, jumlah kalsium yang diperlukan oleh badan. Dan telah terbukti,pengambilan kalsium dalam diet harian dapat membantu ibu menghasilkan susu dengan lebih cepat dan banyak, di samping menghilangkan sakit-sakit sendi dan tulang yang turut dirasai oleh kebanyakkan ibu-ibu yang baru lepas bersalin.

Sebagai tambahan untuk ibu-ibu bekerjaya yang menyusukan anak secara eksklusif, anda sangat-sangat digalakkan mengambil Energizing Soy Protein(ESP) untuk membantu penghasilan susu ibu yang banyak dan kesan yang maksimum.

Sila hubungi saya narcyondon@yahoo.com/0193401758 untuk konsultasi percuma.
Read More
Terima kasih kerana membaca entry saya. Sila datang lagi.

Mommy Rachel@2012. Powered by Blogger.
 
Copyright Mommy Rachel © Design By Cik Nurfarah