Sunday, 17 June 2012

Tips Atasi Stress

Sress adalah respon tubuh seseorang dalam menghadapi pelbagai tuntutan dalam kehidupan.Tuntutan-tuntutan tersebut mungkin datang dari luar.Stress sering dicop sebagai suatu perkara yang buruk.Namun sesungguhnya setiap orang memerlukan sedikit tekanan agar mereka memilih hidup yang lebih baik.

Teknik atasi stress yang sihat

1.Tidur sejenik antara 30-40 minit akan menyegarkan tubuh kembali.Orang-orang yang memanfaatkan tidur siang untuk menangani stress adalah John. F Kennedy,Thomas Edison dan Salvador Dali.

2.Urutan
Anda boleh mengunjungi seorang pakar urut profesional atau pun meminta pasangan atau seorang sahabat untuk mengurut otot-otot badan dan bahu anda.

3.Mengekspersikan diri secara artistik
Jadilah orang yang kreatif dan alihkan energi anda secara positif.Anda boleh cuba untuk belajar akting,atau memainkan alat muzik,mengambil gambar,menulis,melukis atau pun menyanyi.Muzik adalah peredah stress yang sangat baik.Memainkan alat muzik atau cuma sekadar mendengar muzik sangat membatu untuk melegakan stress.

4.Kerap ketawa
Cara ini bukan rahsia lagi.Tertawa boleh menyebabkan stress yang anda hadapi boleh menjadi ringan.Sentiasa tunjukkan ekspersi yang menyenangkan diwajah anda.

5.Bersikap lemah lembut terhadap diri sendiri
Sama ada disedari atau tidak,sebenarnaya kita secara terus menerus berbicara kepada diri kita sendiri.Berbicara kepada diri sendiri adalah menunjukkan perilaku dan citra diri.Anda boleh mengubah kedua dua perkara tersebut melalui perbicaraan yang positif kepada diri anda sendiri.

Malahan perbicaraan tersebut boleh menyebabkan perubahan terhadap proses kimiawi tubuh yang menguntungkan,dengan cara mengaktifkan sistem saraf yang menimbulkan relakasi.
Sebaliknya, perbicaraan yang negatif kepada diri sendiri akan menyebabkan rangsangan terhadap sistem saraf simpatik dan menyebabkan tubuh  berasa kelelahan.
Terima kasih kerana membaca entry saya. Sila datang lagi.

Post a Comment

0 comments:

Mommy Rachel@2012. Powered by Blogger.
 
Copyright Mommy Rachel © Design By Cik Nurfarah