Monday, 18 June 2012

Petua Untuk Keluarga Bahgia

Persefahaman dan tolak ansur antara satu sama lain adalah petua untuk mencapai rumahtangga yang bahagian dan berkekelan.

petua ini sering digunakan oleh pasangan yang lebih lama  mendirikan rumahtangga hingga ke anak cucu.suami atau isteri harus mengetahui peranan dan tanggungjawab masing-masing.Berikut adalah  beberapa tip untuk mengeratkan lagi hubungan suami isteri


persefahaman dan saling bertolak ansur
sikap saling memahami antara satu sama lain adalah perkara utama dalam rumahtangga.

persefahaman dan saling bertolak ansur

Sikap saling memahami antara satu sama lain adalah perkara utama dalam rumahtangga.suami atau isteri perlu mewujudkan persefahaman ini sebelum berkahwin lagi.Tolak ansur dalam apa jua perkara amat diperlukan untuk mengelakkan sebarang masalah lain yang timbul.

tanpa kedua-dua sikap ini,suami isteri akan menghadapi kesukaran dalam komunikasi.jika isteri mendapati suaminya mempunyai minat dan hobi seperti memancing dan melancong,isteri perlu belajar untuk memahami minat suami begitulah sebaliknya.
Berterus terang dan bersikap terbuka

Sikap berterus terang dengan pasangan perlu ada dalam kehidupan berumahtangga.Ia lebih baik jika disertakan sikap terbuka pasangan.Suami isteri yang mengamalkan  suka menyembunyikan sesuatu dengan pasangan secara langsung boleh merenggangkan hubungan.Ini kerana sikap saling mencurigai akan wujud secara tidak disedari.Namun begitu, tidak semua rahsia suami atau isteri perlu didedahkan kepada pasangan terutamanya perkara yang telah lepas bagi mengelakkan sesuatu yang tidak diingini berlaku.

Hargai pasangan anda

Mengharagai pasangan anda adalah sesuatu yang perlu diwujudkan.
misalnya suami perlu memberi pujian atas apa yang disediakan oleh isteri.pujian yang diberikan terhadap masakan si isteri sekurang-kurangnya menggembirakan si isteri dan merasa dirinya dihargai.
Begitu jugalah dengan pihak isteri,biarpun suami tidak melakukan tugas memasak,membasu, dan sebagainya pujian yang diberikan kerana membantu anda di dapur pada hujung minggu sekurang-kurangnya berasa mereka dihargai.
perhatian yang adil pada pasangan anda
kadang kala suami atau isteri memerlukan perhatian lebih daripada pasangannya.Walau sesibuk mana pun anda dengan kerjaya atau tanggungjawab,luangkan sedikit masa untuk pasang anda.


Meluangkan sedikit masa terutamanya pada hujung minggu dengan pasangan anda adalah lebih baik daripada anda menumpuhkan perhatian kepada kerja  yang sememangnya tidak akan selesai.


menghormati antara satu sama lain


Walaupun hak dan kuasa lebih kepada suami,suami juga perlu menerima pandangan yang diberikan oleh isteri.Sikap menerima pandangan secara langsung akan mewujudkan sikap hormat isteri terhadap pasangannya.Isteri juga akan berasa dirinya lebih dihormati biarpun kedudukan mereka hanya sebagai isteri.
menjadi penyokong atau penasihat kepada pasangan suami atau isteri adalah individu yang hampir kepada setiap pasangan.jadikanlah suami atau isteri tempat berkongsi pendapat

menyesuaikan diri dengan rakan pasangan anda
sekiranya anda diperkenalkan dengan rakan pasangan anda,seharusnya anda tahu menyesuaikan diri dengan mereka.Bagi anda yang mempunyai suami yang bertugas sebagai ketua  kepada kakitangannya,sesuaikan diri sebagai isteri seorang. ketua dengan kakitangan bawahan.

Saling mempercayai antara satu sama lain

sikap saling mempercayai amat penting dalam kehidupan rumahtangga.
tanpa sikap tersebut rasa ragu-ragu dan curiga antara satu sama lain akan timbul.ini menyebabkan suami isteri menjadi dingin
Anak sebagai pengikat kasih sayang


Anak juga merupakan faktor yang boleh mengeratkan hubungan suami isteri.Namun begitu bagi pasangan yang belum mempunyai anak,jangan berputus asa.Ini bukanlah bermakna anda tidak berupaya mewujudkan rumahtangga yang bahagia dan berkekalan.semua ini bergantung kepada anda sendiri untuk mencapainya.


sekian...


sumber,Rahsia batin..


Terima kasih kerana membaca entry saya. Sila datang lagi.

Post a Comment

0 comments:

Mommy Rachel@2012. Powered by Blogger.
 
Copyright Mommy Rachel © Design By Cik Nurfarah