Sunday, 19 October 2014

Tip Atasi Bengkak Susu





'Bengkak susu' atau payu dara bengkak adalah masalah yang sering dialami oleh ibu yang menyusukan bayi.. Bengkak susu akan menyebabkan kesakitan pada payu dara mala ada yang sampai demam dibutanya.. Namun, jangan risau ia petunjuk positif yang ibu sedang menghasilkan susu untuk bayi.


Masalah bengkak susu disebabkan oleh hormon lacta (hormon susu) banyak dihasilkan pada waktu tengah malam hingga ke subuh. Jika anda mengalami bengkak susu, anda seharusnya menyusukan bayi secara langsung dan bukannya mengepam kerana hanya hisapan bayi secara langsung yang mampu menghilangkan masalah bengkak susu. Manakal mengepam mungkin boleh menyebabkan saluran susu tersumbat dan susu yang dipam tidak keluar. 

Di bawah ini ada beberapa  tip lain yang boleh diamalkan oleh para ibu jika mengalami bengkak susu. 


[1]  Sentiasa memakai coli menyusu yang memberi sokongan termasuk pada waktu malam.Pastikan ia padan dan tidak terlalu ketat. 


[2] Susukan bayi dengan kerap iaitu setiap dua atau tiga jam, walaupun terpaksa mengejutkan bayi daripada tidur. Pastikan bayi menyusu daripada kedua belah payu dara setiap penyusuan. Namun pastikan sebelah yang pertama telah dihisap sepenuhnya sebelum memberikan payu dara sebelah lagi. Pada sesi penyusuan berikutnya, mulakan dengan  payu dara yang terakhir dihisap. 


[3] Aerola yang keras menyukarkan pelekapan bayi dengan betul. OLeh itu perah dengan tangan atau pam susu sehingga aerola menjadi lembut. 

[4] Tuam payu dara dengan tuala hangat atau mandi air suam sebelum memerah turut membantu melembutkan aerola dan melancarkan pengeluaran susu.

[5] Semasa bayi sedang menyusu, urut payu dara yang dihisap perlahan-lahan. Ia membantu pengaliran susu dengan lebih lancar dan melegakan ketegangan pada payu dara. 

[6] Jika payu dara terlalu penuh dengan susu,gunakan pam sekali-sekali untuk mengeluarkan susu berlebihan.

[7] Menyikat payu dara yang bengkak (sikat menghala ke puting. Lakukan berulang kali dan pengaliran susu akan kembali lancar.. 


[8] Ambil cuka makan dan campurkan  dengan air di dalam piring. Ambil kapas,  celup dan pada sekeliling payudara.. Jangan sampai terkena bahagian puting. Lakukan setiap hari sehingga tiada lagi masalah bengkak.


[9] Ambil beberapa helai daun sirih dan disapu minyak zaitun di prmukaan hadapan. Layur daun sirih tersebut di atas  tudung periuk. Tekap pada payu dara bila daun agak-agak suam.Selain daripada melancarkan pengeluarak susu, ia juga mengurangkan rasa sakit bengkak. 


[10] Urut payu dara  sedikit sebelum mengepam. Buat urutan membulat seperti pemeriksaan payu dara pada kawasan yang ada rasa berketul-ketul.


Sebagai tambahan, anda juga boleh amalkan lecitin untuk mengelakkan saluran susu tersumbat. Selain ianya membantu anda mengelakkan bengkak susu, lecitin juga boleh membantu anda memecahkan lemak degil yang melekat di badan semasa tempoh kehamilan.. 








Manfaat Lecitin untuk ibu menyusu:

  • Mengurangkan risiko berlaku bengkak susu dengan mencegah duktus susu tersumbat
  • Membantu memecahkan lemak yang berlebihan kepada titisan kecil dalam badan ibu
  • Memperbaiki memori ibu, lazimnya individu yang suda pernah bersalin ni cenderung menjadi pelupa 
  • Bagus untuk perkembangan otak, bayi akan dapat manfaatnya melalui penyusuan susu ibu. 


Jika anda berminat dengan mana-mana produk shaklee anda boleh menghubungi saya di: 


Call/whatsapp:019-3401758




Email:narcyshoppe@gmail.com 




Atau add fb saya Narcy Ondon 


Kawasan COD: Kl, Ampang, Pandan jaya, Maluri, Lrt Salak selatan.. 








Terima kasih kerana membaca entry saya. Sila datang lagi.

Post a Comment

0 comments:

Mommy Rachel@2012. Powered by Blogger.
 
Copyright Mommy Rachel © Design By Cik Nurfarah