Wednesday, 24 December 2014

Petua Kurangkan Alahan Ketika Mengandung

Morning sickness atau alahan diawal kehamilan  sering dikaitak dengan muntah,loya,pening kepala,mual dan perut berasa sebu serta berasa tidak selesa.Keadaan ini berlaku terutamanya ketika bangun tidur pada waktu pagi namun, ada juga  wanita  yang mengalami alahan sepanjang hari bahkan ada yang mengalaminya sepanjang kehamilan.. 


Keadaan alahan setiap wanita tidak sama,kerana ada yang diduga dengan alahan yang teruk sehingga terpaksa mengambil cuti dan berehat secukupnya..Bagi wanita yang mengalami alahan atau morning sickness  yang teruk anda mesti tak sabar-sabar untuk melepasi tempoh kehamilan trimester pertama, ini kerana alahan selalunya berlaku pada kehamilan trimester tertama..

Bagi anda yang sedang hamil dan mengalami alahan yang teruk, saya nak kongsikan sedikit petua untuk kurangkan alahan tersebut.. 


[1] Apabila bangung tidur pada waktu pagi, bangun secara perlahan-lahan,makan sedikit biskut dan rehat 10-15 minit kemudian barulah bangun.

[2] Makan sedikit tetapi kerap supaya perut tidak kosong.Contonhnya,makan sedikit setiap dua jam walau pun tidak lapar.Jika boleh elakkan mengambil makanan berlemak,pedas dan bergoreng.

[3] Jika tidak tahan dengan bau  yang kuat ketika memasak, buka tingkap dan kipas. 

[4] Petua menghidu bau limau nipis,limau kasturi,atau pun halia boleh meredakan perut yang sebu atau tidak selesa. 

[5] Minum air  masak secukupnya untuk menggantikan bendalir  dalam badan ynag hilang dan juga  mengelakkan sembelit. 

[6] Elakkan minum ketika makan,sebelum dan selepas makan. Pengamblan air halia boleh mengurangkan rasa mual

[7] Pastikan anda mendapt rehat yang cukup, kerana apabila anda terlalu letih alahan akan bertambah buruk.Tidur sekejap di siang hari kerana biasanya pada trimester pertama,wanita mengandung kerap berasa letih dan mengantuk. 

[8] Dapatkan bantuan untuk mengemas rumah dan menjaga anak yang lain (jika ada) dan pastikan anda mendapat rehat yang cukup

[9] Elakkan berada di tempat yang panas kerana alahan akan bertambah teruk. 

[10] Bergerak dengan perlahan dan dapatkan sokongan daripada individu yang rapat antaranya, semestinya suami, ibubapa atau pun rakan


[11]Ambil vitamin pranatal anda selepas makna atau sebelum tidur 

[12] Jumpa Doktor anda untuk mendapatkan pil mencegah muntah sekiranya keloyaan anda teruk. 


Selain itu, anda juga boleh amalkan vitamin B komplex  shaklee kerana kandungan pyridoxine ( VITAMIN B6) terdapat pada B komplex dikatakan mampu menguraangkan masalah alahan.. Kebaikan pyridoxine akan diperolehi secara optimum jika diambil bersama asid folic(B9), Niacin (B3) dan Cobalamin (B12). 


Untuk memastikan anda kekal bertenaga ketika dalam tempoh 'mabuk hamil' anda juga boleh amalkan ESP shaklee. selain memberikan tenaga yang lebih lama esp juga boleh mengurangkan masalah  gastrik atau pedih ulu hati.. 






























Pada anda yang ingin mendapatkan produk shaklee,anda boleh menghubungi saya di:



Call/whatsapp:0193401758 



Email:Narcyshoppe@gmail.com  



Atau add fb saya Narcy Ondon untuk chatting secara langsung dengan saya.. 








Terima kasih kerana membaca entry saya. Sila datang lagi.

Post a Comment

0 comments:

Mommy Rachel@2012. Powered by Blogger.
 
Copyright Mommy Rachel © Design By Cik Nurfarah