Sunday, 26 August 2012

Minuman Semasa Berpantang


MINUMAN DALAM PANTANG


REBUSAN MANJAKANI

Bahan-bahannya
500 ml air
30 gm halia muda – di hiris
20 gm kunyit tua – di hiris
5 biji buah manjakani
2 keping asam keping.

Caranya
  1. Satukan semua bahan ke dalam periuk
  2. Jerang di atas api sederhana hingga mendidih
  3. Perlahankan api dan renehkan selama 10 minit
  4. Tapis dan minum setelah suam.



REBUSAN PEGAGA

Bahan-bahannya
5 cawan air
50 gm pegaga

Caranya
  1. Rebus pegaga bersama air hingga tinggal anggaran 3 cawan.
  2. Tapis dan minum setelah suam.
  3. Amalkan 2 x sehari



REBUSAN HALIA / BANDREK

Bahan-bahannya:
1 ketu l Gula Kabung
4 ketul size 4 ”Halia Tua (Di hiris)
2 batang serai (Di hiris)
1 Ikat Daun Pandan
3-4 batang Kayu Manis
2 Cubit Cengkih

Caranya
  1. Rebus semua bahan di atas dengan air ¾ penuh periuk.

NOTA : Bahan di atas untuk kegunaan 4 hari….selepas 4 hari buat yang
Baru



JUS HALIA KURMA

Bahan-bahannya
200 gm halia
20 biji buah kurma
750ml air masak

Caranya
  1. Tumbuk halia hingga lumat.
  2. Belah 2 biji kurma dan buangkan bijinya.
  3. Jerang halia , kurma dan air dalam periuk. Renehkan selama 3 jam.
  4. Bila mendidih, perlahankan api.
  5. Tapis dan kemudian hidangkan panas atau suam.




REBUSAN MANJAKANI

Bahan-bahannya
5 biji buah manjakani
500ml air
2cm kunyit tua
2 keping asam keping

Caranya
  1. Satukan semua bahan dalam periuk
  2. Jerang di atas api sederhana hingga mendidih
  3. Perlahankan api dan renehkan selam 10 minit.
  4. Tapis dan minum air ini setelah suam.
  5. Manjakani berfungsi untuk mengering dan mengetatkan pangkal
  6. Rahim. Tidak sesuai di minum oleh gadis kerana di takuti penyebab mandul.




REBUSAN PEGAGA
Bahan-bahannya
2 ikat daun pegaga
5 cawan air

Caranya
  1. Rebus pegaga dengan air dalam periuk hingga tingga anggaran 3 cawan air rebusan ini.
  2. Apabila suam, minum 2 kali sehari.
    • minuman air rebusan pegaga ini membersihkan darah dalam tubuh ibu yang baru melahirkan   
Nak tengok makanan dilarang semasa pantang KLIK SINI


Terima kasih kerana membaca entry saya. Sila datang lagi.

Post a Comment

0 comments:

Mommy Rachel@2012. Powered by Blogger.
 
Copyright Mommy Rachel © Design By Cik Nurfarah