Sunday, 19 October 2014

Tip Atasi Bengkak Susu





'Bengkak susu' atau payu dara bengkak adalah masalah yang sering dialami oleh ibu yang menyusukan bayi.. Bengkak susu akan menyebabkan kesakitan pada payu dara mala ada yang sampai demam dibutanya.. Namun, jangan risau ia petunjuk positif yang ibu sedang menghasilkan susu untuk bayi.


Masalah bengkak susu disebabkan oleh hormon lacta (hormon susu) banyak dihasilkan pada waktu tengah malam hingga ke subuh. Jika anda mengalami bengkak susu, anda seharusnya menyusukan bayi secara langsung dan bukannya mengepam kerana hanya hisapan bayi secara langsung yang mampu menghilangkan masalah bengkak susu. Manakal mengepam mungkin boleh menyebabkan saluran susu tersumbat dan susu yang dipam tidak keluar. 

Di bawah ini ada beberapa  tip lain yang boleh diamalkan oleh para ibu jika mengalami bengkak susu. 


[1]  Sentiasa memakai coli menyusu yang memberi sokongan termasuk pada waktu malam.Pastikan ia padan dan tidak terlalu ketat. 


[2] Susukan bayi dengan kerap iaitu setiap dua atau tiga jam, walaupun terpaksa mengejutkan bayi daripada tidur. Pastikan bayi menyusu daripada kedua belah payu dara setiap penyusuan. Namun pastikan sebelah yang pertama telah dihisap sepenuhnya sebelum memberikan payu dara sebelah lagi. Pada sesi penyusuan berikutnya, mulakan dengan  payu dara yang terakhir dihisap. 


[3] Aerola yang keras menyukarkan pelekapan bayi dengan betul. OLeh itu perah dengan tangan atau pam susu sehingga aerola menjadi lembut. 

[4] Tuam payu dara dengan tuala hangat atau mandi air suam sebelum memerah turut membantu melembutkan aerola dan melancarkan pengeluaran susu.

[5] Semasa bayi sedang menyusu, urut payu dara yang dihisap perlahan-lahan. Ia membantu pengaliran susu dengan lebih lancar dan melegakan ketegangan pada payu dara. 

[6] Jika payu dara terlalu penuh dengan susu,gunakan pam sekali-sekali untuk mengeluarkan susu berlebihan.

[7] Menyikat payu dara yang bengkak (sikat menghala ke puting. Lakukan berulang kali dan pengaliran susu akan kembali lancar.. 


[8] Ambil cuka makan dan campurkan  dengan air di dalam piring. Ambil kapas,  celup dan pada sekeliling payudara.. Jangan sampai terkena bahagian puting. Lakukan setiap hari sehingga tiada lagi masalah bengkak.


[9] Ambil beberapa helai daun sirih dan disapu minyak zaitun di prmukaan hadapan. Layur daun sirih tersebut di atas  tudung periuk. Tekap pada payu dara bila daun agak-agak suam.Selain daripada melancarkan pengeluarak susu, ia juga mengurangkan rasa sakit bengkak. 


[10] Urut payu dara  sedikit sebelum mengepam. Buat urutan membulat seperti pemeriksaan payu dara pada kawasan yang ada rasa berketul-ketul.


Sebagai tambahan, anda juga boleh amalkan lecitin untuk mengelakkan saluran susu tersumbat. Selain ianya membantu anda mengelakkan bengkak susu, lecitin juga boleh membantu anda memecahkan lemak degil yang melekat di badan semasa tempoh kehamilan.. 








Manfaat Lecitin untuk ibu menyusu:

  • Mengurangkan risiko berlaku bengkak susu dengan mencegah duktus susu tersumbat
  • Membantu memecahkan lemak yang berlebihan kepada titisan kecil dalam badan ibu
  • Memperbaiki memori ibu, lazimnya individu yang suda pernah bersalin ni cenderung menjadi pelupa 
  • Bagus untuk perkembangan otak, bayi akan dapat manfaatnya melalui penyusuan susu ibu. 


Jika anda berminat dengan mana-mana produk shaklee anda boleh menghubungi saya di: 


Call/whatsapp:019-3401758




Email:narcyshoppe@gmail.com 




Atau add fb saya Narcy Ondon 


Kawasan COD: Kl, Ampang, Pandan jaya, Maluri, Lrt Salak selatan.. 







Read More
Terima kasih kerana membaca entry saya. Sila datang lagi.

Tuesday, 7 October 2014

Kemurungan Selepas Bersalin


Kemurungan selepas bersalin atau postpartum depression adalah keadaan serius yang terjadi pada ibu di bulan -bulan pertama selepaskan melahirkan.Ia juga boleh berlaku pada mereka yang  mengalami  keguguran atau kematian anak.


Postpartum depression boleh menyebabkan anda berperasaan sedih yang keterlaluan,tiada harapan dan rasa seperti tidak berguna. Sekiranya ia terjadi, ia boleh memberi masalah ketika menjaga bayi atau kurang rasa hubungan atau 'bonding' terhadap bayi anda.


Kemurungan selepas bersalin sama sekali tidak sama dengan 'baby blues' satu keadaan yang kerap terjadi sebaik  sahaja bersalin.Dalam' baby blues' anda cuma mengalami kesukaran tidur,berasa moody atau sedikit sedih. Namun, anda masih merasa gembira kehadiran bayi anda.' Baby bluse' selalunya hilang selepas 1-2 minggu selepas bersalin.Manakala dalam kes postpartum depression pula,simtomnya adalah lebih lama dan sukar hilang sehingga berbulan bulan lamanya. 


Dalam kes yang sangat jarang terjadi,segelintir daripada mereka mungkin mengalami keadaan yang postpartum psychosis dimana wanita mungkin akan berperangai pelik, melihat benda-benda yang anih yang tidak dilihat oleh orang lain, dan boleh memberikan bahaya kepada bayi ataupun dirinya sendiri. Postpartum psychosis penyakit yang serius dan perlu rawatan segera kerana simptom akan menjadi lebih teruk dengan cepat. 


Adalah sangat penting untuk mereka yang mengalami kemurungan untuk mendapat rawatan yang sepatutnya di hospital kerana lebih cepat rawatan diberikan,lebih cepat anda pulih dari masalah ini. 


Apa yang menyebabkan berlakunya kemurungan selepas bersalin? 

Ia berkait dengan perubahan hormon selepas bersalin dan boleh terjadi kepada sesiapa sahaja. Walaubagaimanapun, anda lebih  berisiko mendapat masalah ini sekiranya: 


  • Anda mempunyai masalah kemurungan pada kelahiran bayi yang lepas 
  • Anda kurang mendapat sokongan dari suami dan ahli keluarga
  • Bayi anda kerap sakit dan mengalami kolik
  • Anda mengalami banyak tekanan perasaan
  • Anda juga berisiko tinggi sekiranya anda atau ahli keluarga mengalami masalah bipolar disorder 

Apakah simptomnya? 

Wanita yang mengalami Postpartum Depression seringkali: 
  • Berasa sangat sedih,kecewa,rasa tak berguna
  • Rasa tidak bermaya dan hilang minat kepada segala benda
  • Tidak lalu makan dan kehilangan berat badan
  • Sukar tidur
  • Tidak dapat memberikan tumpuan 

Bagi mereka yang mengalami postpartum psychosis simptomnya adalah lebih serius: 

  • Melihat atau mendengar benda-benda yang pelik dan tiada iaitu halusinasi.
  • Rasa seperti mahu menmbunuh diri dan mencederakan bayi dan orang sekelilingnya.

Bagaimana postpartum Depression boleh didiagnos?  

Doktor selalunya akan membuat pemeriksaan fizikal dan bertanya tentang gejala yang ada.Pastikan anda bertanyakan doktor tentang perasaan anda pada pemeriksaan pertama selepas melahirkan.Doktor mungkin akan membuat follow-up simptom anda. 


Bagaimana ia diubat? 

Postpartum depression selalunya dengan ubat anti-murung dan nasihat kaunseling oleh pakar psychiatri. Untuk memastikan anda pulih dengan cepat,pastikan anda mendapat makanan yang seimbang dan buatlah seneman setiap hari. Dapatkan tidur yang secukupnya dan sokongan dari keluarga dan rakan juga diperlukan. 

Jangan merasa rendah diri sekiranya anda mengalami masalah ini,ia tidak bermakna anda seorang ibu yang tidak baik. Memang ramai yang mengalami masalah yang sama dengan anda,tetapi ia mengambil masa untuk sembuh dan rawatan seharusnya akan membuatkan anda pulih dengan lebih cepat.  







Read More
Terima kasih kerana membaca entry saya. Sila datang lagi.

Mommy Rachel@2012. Powered by Blogger.
 
Copyright Mommy Rachel © Design By Cik Nurfarah