Ikuti 11 langkah penjagaan selepas episiotomi
- Gunakan pad ais
Sebaik sahaja melahirkan bayi,anda boleh meletakkan pad ais pada bahagian jahitan episiotomi. Langkah ini bukan sahaja menggalakkan luka untuk cepat sembuh malah lebih daripada itu dapat mengurangkan kesakitan yang dialami.Sebaik baiknya letak pad ais tersebut pada bahagian jahitan lebih kurang 10 minit,tiga hingga empat jam sekali.
2. Jangan terlalu lama duduk atau berbaring
Tekanan akibat terlalau lama duduk atau berbaring akan menyukarkan proses pemulihan.Jadi,gunakan pelampungberenang yang berbentuk bulat untuk mengelakkan diri anda daripada berterusan memberi tekanan kepada bahagian jahitan.
3.Lakukan pergerakan
Adalah penting untuk anda melakukan sedikit pergerakan sepeti berjalan perlahan- lahan bagi menggalakkan peredaran darah ke bahagian luka jahitan.Selain itu, ia juga baik untuk mengelakkan kecederaan yang lebih serius seperti jahitan terbuka.
4. Pastikan perineum bersih
Darah nifas dan air kencing boleh menyebabkan jangkitan kuman pada bahagian yang dijahit.Jadi,pastikan kawasan tersebut sentiasa bersih dengan mencucinya menggunakan air biasa.Lebih baik lagi jika anda menggunakan cecair pembasmi kuman yang lazimnya dibekalkan oleh doktor
5.Kurangkan tegangan
Semasa membuang air besar,tekan dengan lembut bahagian episiotomi untuk mengurangkan tegangan.Ia juga mengurangkan sakit juga mengelakkan jahitan daripada terbuka..
6. Sentiasa keringkan jahitan
Mengeringkan kawasan jahitan menggalakkan proses pemulihan yang cepat. Setiap kali selepas membuang air atau mencuci darah nifas, anda boleh menggunakan pengering rambut jika mahu mengeringkannya.Sementara itu, sekali sekala anda digalakkan untuk mendedahkan bahagian jahitan episiotomi.
7. Amalkan sitz bath
Langkah ini boleh anda lakukan dengan merendam punggung di dalam besen berisi air garam yang suam.Ia dapat mengurangkan sakit dan membersihkan luka jahitan dan bahagian dalaman faraj.
8. Lakukan seneman kegel
Buat senaman kegel atau lantai pelvik secara rutin.Ia terbukti dapat membantu luka jahitan cepat sembuh dengan menggalakkan perjalanan darah ke faraj.Lakukan 10 kali setiap kali. Jika dilakukan dengan teknik yang betul,anda pasti dapat melihat perubahannya.
9. Minum air secukupnya
Selepas satu hari hingga tiga hari bersalin,tubuh secara semulajadi akan membuang lebihan air yang terkumpul semasa hamil.Hal ini akan membuatkan tubuh kekurangan air secara mendadak sehingga menjurus kepada masalah sembelit dan kekurangan susu ibu.Kekurangan air juga menyebabkan luka episiotomi sukar sembuh.Tambahan pula sembelit yang mungkin dialami akan menyebabkan kesakitan yang lebih ketara pada bahagian jahitan.
10. Elakkan sembelit
Pastikan anda minum air secukupnya yang baik untuk melancarkan perjalanan usus. Selain itu, banyakkan mengambil makanan yang berasaskan serat.Anda boleh mengambil kalsium shaklee atau lactulose untuk membantu anda mengelakkan sembelit..
11. Gunakan pil penahan sakit
Dalam kes yang lebih teruk,anda mungkin mengalami kesakitan proses pemulihan berlangsung.Bagi mengatasinya,anda boleh mengambil paracetamol atau ubat yang lebih berkesan seperti ponstan sekiranya terlalu sakit..
SEKIAN.... SELAMAT BERPANTANG!!
Bagi anda yang berminat mana-mana produk shaklee anda boleh menghubungi saya di:
call/sms/ whatsapp 0193401758
add FB saya Nancy Rachy untuk mendapatkan konsultasi selepas pembelian..

Post a Comment
0 comments: