Friday, 1 March 2013

Panduan Tidur Lena Semasa Hamil

Setelah kandungan mula membesar,anda akan berhadapan dengan masalah sukar untuk mendapatkan tidur yang selesa.Walau bagaimana pun, masalah sebegini adalah biasa.Hal ini berlaku kesan daripada pelbagai faktor yang salah satunya membabitkan perubahan hormon kehamilan.. Walau bagaimana pun, adakalanya  situasi ini agak merimaskan dan  boleh menggangu kesihatan ibu hamil. Apakah cara untuk mengatasi masalah ini? 

Kurangkan minum 

Pada waktu siang minum sebanyak mungkin air kosong.Apabila menghampiri waktu tidur, kurangkan pengambilan air sekurang-kurangnya dua jam sebelum tidur.Ini penting untuk meminumumkan kekerapan anda berulang-alik ke bilik hanya semata-mata membuang air kecil.

Bersenam pada waktu siang 

Bersenam secara tetap ketika hamil baik untuk memastikan tahap kesihatan anda berada pada tahap yang paling optimum.Malah ia juga baik untuk memperbaiki peredaran darah bagi mengelakkan masalah kekejangan kaki pada waktu malam.Walau bagaimana pun, elakkan bersenam apabila menghampiri waktu tidur.Elakkan senaman tiga jam sebelum tidur, ini kerana senaman membebaskan adrenalin ke dalam tubuh yang secara tidak langsung menjadi penyebab anda sukar tidur dan berjaga sepanjang malam.

Ikuti rutin 

Biasakan diri melakukan rutin yang teratur setiap hari sebelum tidur.Contohnya mandi,menyapu losyen pelembab muka dan badan,menyikat rambut,membaca bahan bacaan ringan,mendengar muzik sentimental,minum susu panas dan sebagainya.Jika anda sudah terbiasa dengan rutin yang teratur,anda akan memberi isyarat kepada otak bahawa waktu tidur sudah tiba.Apatah lagi, jika rutin dilakukan dalam keadaan selesa dan tenang,sudah tentu anda dapat tidur dengan nyenyak.

Tidur mengiring 

Sebaik-baiknya sepanjang tempoh hamil,anda tidur mengiring ke sebelah kiri terutamanya apabila kehamilan memasuki trimester ketiga. Amalan ini bagus untuk menggalakkan peredaran darah yang baik untuk kandungan, rahim dan buah pinggang.Sementara itu, elakkan daripada tidur secara menelentang untuk tempoh waktu yang lama kerana ia boleh membebankan bahagian belakang yang akhirnya boleh menyebabkan anda sakit pinggang.Tanpa disedari ia akan menjadi punca anda susah melelapkan mata.

Jaga diet 

Hindari kafein! Langkah ini penting untukbagi mengelakkan insomnia.Awasi kafein dalam minuman ringan seperti kola,coklat dan kopi kerana ia boleh mengganggu tidur.Dalam pada itu, ambillah makanan seimbang.Bukan sahaja keran ia penting untuk kesihatan anda dan bayi.Malah ,dengan mendapatkan zat makanan yang diperlukan ,ia dapat mengelakkan anda daripada berlapar.Secara tidak langsung, ia dapat mengelakakn anda daripada belapar.

Atasi pedih ulu hati

Bagi mengelakkan pedih ulu hati,jangan baring dalam tempoh satu hingga dua jam selepas waktu makan.Jika masalah pedih ulu hati penyebab anda tidak dapat tidur,pastikan kedudukan kepala anda lebih tinggi ketika berbring.Selairn itu, elakkan makanan berempah,berasid,berlemak atau begoreng. Makanan-makanan daripada jenis ini akan memburukkan lagi masalah yang anda hadapi.

Tidur siang  

Sekiranya anda tidak mendapat tidur yang mencukupi pada waktu malam,pastikan anda mencuri masa meleleapkan mata buat seketika di siang hari.Ini dapat membantu anda mengurangkan keletihan.Carilah kawasan yang sunyi dan tidurlah walau pun hanya beberapa minit.Biar pun hanya 10 minit,ia sangat membantu untuk memulihkan tenaga dan kesegaran anda.

Bantal tambahan 

Anda digalakkan untuk menggunakan bantal khusus untuk pengunaan wanita hamil bagi menyokong tubuh anda yang kini semakin membesar.Walau bagaimana pun anda masih boleh menggunakan bantal sedia ada yang biasa anda gunakan.Untuk keselesaan, cuba tidur secara mengiring dengan meletakkan sebiji bantal di bawah lutut dan sebiji lagi di bawah perut. 

Tukar coli 

Jika sememangnya anda sudah biasa tidur dengan memakai coli, pastikan anda menggunakan coli khusus untuk tidur atau longgarkan coli jika anda merasa tidak selesa.

Kongsi maslah  

Tekanan dan kebimbangan merupakan antara penyebab anda tidak dapat tidur dengan nyenyak.Masalah yang anda pendam tidak mendatangkan sebarang faedah.Jadi, cuba bincang masalah yang menyesakkan minda dengan orang anda percayai seperti suami,ibu, adik-beradik atau kawan rapat.Dapatkan pertolongan mereka yang boleh mendengar dan membantu jika ada isu-isu tertentu yang menyebabkan anda tertekan. 

Bantuan pakar 

Berjumpalah dengan  doktor untuk mendapatkan nasihat jika masalah insomnia berterusan. Khidmat daripada pakar tentu dapat mengatasi masalah anda. 

Sekian..... :)


Terima kasih kerana membaca entry saya. Sila datang lagi.

Post a Comment

0 comments:

Mommy Rachel@2012. Powered by Blogger.
 
Copyright Mommy Rachel © Design By Cik Nurfarah