Monday, 15 April 2013

8 Panduan Mudah Kenali Tanda Bersalin

Mengetahui tanda-tanda awal bersalin adalah penting untuk dititikberatkan.Dengan yang demikian, anda dapat melakukan persediaan bagi menghadapi proses kelahiran yang bakal berlangsung terutamanya setelah kehamilan melepasi 38 minggu.Walau bagaimanapun, perlu anda ketahui bahawa pengalaman sakit bersalin yang dialami nanti adalah berbeza antara seorang wanita dengan wanita yang lain.

8 Tanda-tanda Awal Bersalin
----------------------------------------

1.Sakit Belakang- Sakit belakang sering menjadi masalah utama wanita hamil.Dalam masa yang sama, ia juga menjadi petanda awal kelahiran.Sakit ini semakin lama semakin kerap dan kuat.Ia akan jadi lebih teruk pada bahagian bawah belakang.keadaan ini berlaku kerana bayi dalam kandungan beralih kedudukan dan menekan tulang belakang.

Sementara itu, bagi mengurangkan rasa sakit belakang yang dialami,posisikan diri anda seperti merangkak,kemudian angkat atau tinggikan badan ke atas.Lakukan sehingga kiraan lima.Ulangi cara yang sama untuk beberapa kali.Selain itu, anda juga boleh mengurangkan rasa kesakitan dengan banyak berjalan.Malah, ia juga membantu mempercepatkan proses kelahiran. Jika sukar untuk berjalan, minta suami anda urut bahagian belakang semasa anda berbaring secara mengiring.

2.Kontraksi rahim- Kontraksi adalah antara tanda awal dan isyarat paling penting yang menunjukkan suda tiba masanya untuk anda bersalin.Kontraksi adalah  rasa tegang pada perut malah kadang-kadang anda  akan berasa sakit di bahagian tengah perut sehingga ke bahagian ari-ari.

Sekiranya sudah mengalami kontraksi,cuba perhatikan dan catatkan jarak masa di antaranya.Kontraksi sebenar berlaku secara  teratur  pada jarak masa yang konsisten.

Jika kontraksi yang dialami berlaku setipa lima minit dan perut mengeras dalam masa 20 hingga 45 saat setipa kali, secara teratur dan semakin kerap,segera bergegas ke hospital pilihan agar anda boleh mendapatkan pemantauan daripada doktor yang memeriksa kehamilan.Perlu diingatkan bahawa braxton Hicks tidak sama dengan kontraksi sebenar. Ia kurang menyakitkan, tidak teratur dan lama-kelamaan akan hilang sendiri. 

3.Bloody show- Terdapat segelintir wanita yang mengalami tanda berupa lendir pekat bercampur darah yang keluar daripada faraj.Lendir ini merupakan pluk mukus seperti gam lekang yang keluar dari laluan pintu rahim apabila serviks mula menipis.Perlu diketahui, apabila lendir ini keluar, ia bererti bayi sudah bersedia untuk bergerak ke saluran peranakan. 

Lendir yang terhasil dapat menghalang sebarang kemasukan benda asing ke dalam serviks.Lendir yang sama juga menghalang kuman yang mungkin ada daripada mengenai bayi.Jika anda mengalami tanda sebegini, anda tidak perlu tergesa-gesa untuk ke hospital.  Hal ini kerana tanda seperti ini mengambil masa tertentu sebelum anda melalui proses kelahiran.Ia boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin.

4.Pecah Ketuban- Kebiasaannya keadaan ini berlaku apabila ada lelehan air yang keluar daripada faraj dalam jumlah yang banyak.Air yang keluar itu seharusnya jernih dan tidak berwarna.Sebaliknya jika air itu berwarna hijau, itu menandakan bayi sudah pun membuang air besar ketika masih  berada dalam kandungan.

Ramai wanita hamil  yang keliru tentang perbezaan air ketuban dan air kencing.Untuk pengetahuan,air ketuban keluar tanpa anda mengalami rasa ingin membuang air kecil.Air ini berwarna jernih dan tidak berbau. Tidak seperti air kencing yang berwarna kuning dan berbau hancing.

Apabila mengalami tanda seperti ini, sebaik-baiknya anda perlu segera berangkat ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.Jika dibiarkan terlalu lama, ia boleh menyebabkan jangkitan kuman. Sementara itu, menurut kajian kebanyakan wanita tidak pecah ketuban sehinggalah di saat-saat akhir proses bersalin.Apa yang berlaku ialah doktor akan memecahkan ketuban anda untuk mempercepatkan proses bersalin. 

5.Serviks terbuka- Sebaik sahaja kontraksi berlaku,pangkal rahim anda akan menjadi lebih lembut dan lebih nipis.Walau bagaimanapun,hanya doktor yang berupaya mengetahui perubahan serviks semasa pemeriksaan faraj dilakukan.Pembukaan di bahagian pangkal rahim dapat dikesan dengan skala 1sm hingga 10sm.

6.Perut memulas- Disebabkan bayi sudah mula bergerak ke saluran peranakan,ia akan memberi tekanan kepada saluran yang dikhususkan untuk membuang air besar. Sesetengah wanita akan mengalami keadaan di mana kerap ke tandas kerana terasa ingin membuang air besar.Anda dinasihatkan agar berhati-hati dan prihatin dengan tanda seperti ini kerana dikhuatiri timbul kejadian tidak diingini seperti bersalin di dalam tanda umpamanya.

7.perut "turun"- Perut anda akan kelihatan membuncit di bahagian bawah,manakala bahagian atas terasa ringan atau kosong.Keadaan ini menandakan bayi sudah mula turun ke bawah dan memasuki saluran peranakan. Hal ini biasanya berlaku di sekitar dua minggu sebelum kelahiran.

8.Kerap membuang air kecil- Apabila bayi sudah bergerak ke bawah,sudah pasti ia akan memberi tekanan pada pundi kencing. Atas sebab itulah,anda akan mula kerap berasa hendak membuang air kecil. 

Walaupun tanda-tanda yang dinyatakan ini merupakan petanda awal bersalin,namun anda tetap perlu segera ke hospital sekiranya mengesyaki bayi kurang bergerak.Dikhuaitiri bayi lemas dalam kandungan.Dalam tempoh 12 jam, bayi perlu bergerak sekurang-kurangnya 10 kali.Jika secara tiba-tiba anda mendapati bayi kurang bergerak segeralah ke hospital walaupun tidak mengalami tanda awal bersalin.

Sekian...:) 

Sumber: Pa&ma

Dapatkan set bersalin dengan kami pada harga yang mampu milik.
Hubungi saya di:
call/sms 0193401758
Read More
Terima kasih kerana membaca entry saya. Sila datang lagi.

Friday, 1 March 2013

Panduan Tidur Lena Semasa Hamil

Setelah kandungan mula membesar,anda akan berhadapan dengan masalah sukar untuk mendapatkan tidur yang selesa.Walau bagaimana pun, masalah sebegini adalah biasa.Hal ini berlaku kesan daripada pelbagai faktor yang salah satunya membabitkan perubahan hormon kehamilan.. Walau bagaimana pun, adakalanya  situasi ini agak merimaskan dan  boleh menggangu kesihatan ibu hamil. Apakah cara untuk mengatasi masalah ini? 

Kurangkan minum 

Pada waktu siang minum sebanyak mungkin air kosong.Apabila menghampiri waktu tidur, kurangkan pengambilan air sekurang-kurangnya dua jam sebelum tidur.Ini penting untuk meminumumkan kekerapan anda berulang-alik ke bilik hanya semata-mata membuang air kecil.

Bersenam pada waktu siang 

Bersenam secara tetap ketika hamil baik untuk memastikan tahap kesihatan anda berada pada tahap yang paling optimum.Malah ia juga baik untuk memperbaiki peredaran darah bagi mengelakkan masalah kekejangan kaki pada waktu malam.Walau bagaimana pun, elakkan bersenam apabila menghampiri waktu tidur.Elakkan senaman tiga jam sebelum tidur, ini kerana senaman membebaskan adrenalin ke dalam tubuh yang secara tidak langsung menjadi penyebab anda sukar tidur dan berjaga sepanjang malam.

Ikuti rutin 

Biasakan diri melakukan rutin yang teratur setiap hari sebelum tidur.Contohnya mandi,menyapu losyen pelembab muka dan badan,menyikat rambut,membaca bahan bacaan ringan,mendengar muzik sentimental,minum susu panas dan sebagainya.Jika anda sudah terbiasa dengan rutin yang teratur,anda akan memberi isyarat kepada otak bahawa waktu tidur sudah tiba.Apatah lagi, jika rutin dilakukan dalam keadaan selesa dan tenang,sudah tentu anda dapat tidur dengan nyenyak.

Tidur mengiring 

Sebaik-baiknya sepanjang tempoh hamil,anda tidur mengiring ke sebelah kiri terutamanya apabila kehamilan memasuki trimester ketiga. Amalan ini bagus untuk menggalakkan peredaran darah yang baik untuk kandungan, rahim dan buah pinggang.Sementara itu, elakkan daripada tidur secara menelentang untuk tempoh waktu yang lama kerana ia boleh membebankan bahagian belakang yang akhirnya boleh menyebabkan anda sakit pinggang.Tanpa disedari ia akan menjadi punca anda susah melelapkan mata.

Jaga diet 

Hindari kafein! Langkah ini penting untukbagi mengelakkan insomnia.Awasi kafein dalam minuman ringan seperti kola,coklat dan kopi kerana ia boleh mengganggu tidur.Dalam pada itu, ambillah makanan seimbang.Bukan sahaja keran ia penting untuk kesihatan anda dan bayi.Malah ,dengan mendapatkan zat makanan yang diperlukan ,ia dapat mengelakkan anda daripada berlapar.Secara tidak langsung, ia dapat mengelakakn anda daripada belapar.

Atasi pedih ulu hati

Bagi mengelakkan pedih ulu hati,jangan baring dalam tempoh satu hingga dua jam selepas waktu makan.Jika masalah pedih ulu hati penyebab anda tidak dapat tidur,pastikan kedudukan kepala anda lebih tinggi ketika berbring.Selairn itu, elakkan makanan berempah,berasid,berlemak atau begoreng. Makanan-makanan daripada jenis ini akan memburukkan lagi masalah yang anda hadapi.

Tidur siang  

Sekiranya anda tidak mendapat tidur yang mencukupi pada waktu malam,pastikan anda mencuri masa meleleapkan mata buat seketika di siang hari.Ini dapat membantu anda mengurangkan keletihan.Carilah kawasan yang sunyi dan tidurlah walau pun hanya beberapa minit.Biar pun hanya 10 minit,ia sangat membantu untuk memulihkan tenaga dan kesegaran anda.

Bantal tambahan 

Anda digalakkan untuk menggunakan bantal khusus untuk pengunaan wanita hamil bagi menyokong tubuh anda yang kini semakin membesar.Walau bagaimana pun anda masih boleh menggunakan bantal sedia ada yang biasa anda gunakan.Untuk keselesaan, cuba tidur secara mengiring dengan meletakkan sebiji bantal di bawah lutut dan sebiji lagi di bawah perut. 

Tukar coli 

Jika sememangnya anda sudah biasa tidur dengan memakai coli, pastikan anda menggunakan coli khusus untuk tidur atau longgarkan coli jika anda merasa tidak selesa.

Kongsi maslah  

Tekanan dan kebimbangan merupakan antara penyebab anda tidak dapat tidur dengan nyenyak.Masalah yang anda pendam tidak mendatangkan sebarang faedah.Jadi, cuba bincang masalah yang menyesakkan minda dengan orang anda percayai seperti suami,ibu, adik-beradik atau kawan rapat.Dapatkan pertolongan mereka yang boleh mendengar dan membantu jika ada isu-isu tertentu yang menyebabkan anda tertekan. 

Bantuan pakar 

Berjumpalah dengan  doktor untuk mendapatkan nasihat jika masalah insomnia berterusan. Khidmat daripada pakar tentu dapat mengatasi masalah anda. 

Sekian..... :)

Read More
Terima kasih kerana membaca entry saya. Sila datang lagi.

Sunday, 10 February 2013

Panduan Jaga Lantai Pelvis Selepas Bersalin

Lantai pelvis terdidri daripada otot-otot,ligamen-ligamen dan helaian -helaian tisu.Ia meregang dari tulang pubik di bahagian tubuh hingga ke hadapan hingga ke hujung spina di bahagian belakang anda.Ia boleh disamakan seperti trampolin kerana ia berupaya untuk meregang dengan tekanan yang berat dan melambung semula ke atas.

Namun,jika ia menampung berat tekanan yang terlalu lama,otot-otot dan tisu-tisu lantai pelvis boleh menjadi kendur dan akhirnya menjadi lemah.

Lantai pelvis yang lemah akan menyebabkan anda mengalami kesukaran menahan air kencing setiap kali ia mahu keluar.Oleh sebab itulah,ada sesetengah wanita selepas bersalin sering mengalami masalah 'kebocoran' setiap kali batuk atau bersin.

Akibat daripada otot-otot faraj yang lemah juga,rahim boleh melendut dan menekan dinding faraj sehingga menyebabkannya 'jatuh' (prolapsed uterus). Dianggarkan 4 daripada 10 orang wanita yang berumur 50 tahun ke atas mengalami masalah ini

Bukankah ia sesuatu yang menggerunkan? Bagi mengelakkan masalah ini daripada membelenggu anda di kemudian hari,maka adalah lebih baik sekiranya anda mula mengamalkan senaman lantai pelvis atau turut dikenali sebagai senaman kegel bermula daripada sekarang!

Sesegera mungkin selepas melahirkan bayi,anda perlu melakukan senaman lantai pelvis.Mungkin pada mulanya anda berasa kekok kerana tidak biasa melakukannya.Ketahuilah,senaman ini amat bermanfaat dalam membantu anda memulihkan perineum dan faraj,menghalang masalah kebocoran urin,meningkatkan aliran darah ke perineum dan membantu menghilangkan bengkak dan luka selepas melahirkan.

Pada hari atau minggu pertama melakukan senaman ini,anda tidak akan dapat merasa sebarang gerakan di bahagian otot-otot lantai pelvis.Jangan kuatir kerana keadaan sebegini adalah normal.Ia berlaku akibat daripada saraf yang terlibat longgar.Walaupun tiada sebarang gerakan dirasai,yakinilah senaman yang dilakukan itu tetap berkesan.Teruskan melakukan senaman ini secara teratur agar hasil yang bakal diperolehi memberangsangkan.

Sementara itu, anda digalakkan untuk melakukan senaman ini dalam keadaan berbaring.Ada juga yang berpendapat senaman yang dilakukan secara mengiring pun menampakkan keberkesanannya.Apa yang penting,tidak kira apa juga posisi yang dipilih, anda perlu melakukannya dalam keadaan tenang.

Teknik yang betul

Senaman lantai pelvis boleh anda lakukan ketika sedang melakukan akitivi-aktiviti lain seperti melayari internet,menonton televisyen,membaca buku dan sebagainya. Malah ketika memandu  di dalam lalu lintas pun, anda boleh lakukannya.Ia tidak sukar malah sangat efektif dalam membantu anda menganjalkan semula otot lantai pelvis.Bagi mengembalikan daya kekuatan otot berkenaan,anda perlu kerap melakukan senaman lantai pelvis.Untuk itu, anda boleh ikuti panduan berikut.

Sama ada dalam keadaan berdiri,duduk, berbaring atau mengiring,jarakkan sedikit kedudukan kaki anda agar otot-otot paha,punggung dan abdomen dapat direhatkan.

  • Kemut otot-otot di permukaan hadapan dan belakang anda.Gerakkan otot berkenaan di atas.
  • Jangan tolak otot ke bawah sebaliknya kemut dan tolak ke atas.
  • Ulanginya sebanyak 10 kali secara perlahan dan 10 kali secara cepat
  • Sebaik-baiknya lakukan senaman ini sekurang kurangnya empat hingga lima kali sehari.
  • Ketikan melakukan senaman ini,jangan tahan nafas anda.Juga, jangan ketatkan otot-otot perut,punggung dan paha.
Dinasihatkan agar anda tidak melakukan senaman ini terlalu kerap pada percubaan pertama.Anda boleh menambahkan bilangan senaman ini secara beransur ansur.

Melakukan senaman lantai pelvis secara tetap dan  paling bagus secara berterusan sangat penting!Senaman ini telah terbukti secara langsung dapat menguatkan kembali otot-otot lantai pelvis anda.

Seharusnya anda mula mengamalkan senaman lantai pelvis ini sejak awal  usia kehamilan.Hal ini kerana,senaman ini membantu anda menampung berat kandungan. Ketahuilah bahawa jika otot lantai pelvis anda berada di dalam keadaan yang baik sebelum melahirkan,otot tersebut berkemungkinan besar akan kembali ke keadaan normal selepas melahirkan anak.

Apabila usia meningkat,amat penting untuk anda memastikan otot lantai pelvis sentiasa kuat.Hal ini kerana apabila putus haid (menopaus),otot-otot tubuh mula berubah.Jadi otot lantai pelvis yang sedia lemah akan menjadi lebih lemah.

Bagi mendapakant kesan maksimum daripada senaman otot lantai pelvis,anda digalakkan untuk melakukannya bersama dengan senaman jenis lain seperti berjoging,berenang dan lain-lain.

Bagi yang bersalin secara ceasarean,jangan ingat anda tak perlu melakukan senaman otot lantai pelvis ni ya,hal ini kerana kehamilan telah membebani lantai pelvis.Pada masa yang sama hormon kehamilan turut melonggarkan bahagian berkenaan,ditambah pula dengan berat bayi yang menambah lagi regangannya.

Berita baik untuk anda!Adalah lebih mudah untuk anda melakukan senaman ini disebabkan lantai pelvis tidak akan terasa sakit kerana saraf-saraf di bahagian berkenaan tidak terjejas.

Info tambahan 

Cara kenal pasti  otot lantai pelvis
============================

Cara 1. Hentikan pengeluaran air kencing.Apabila ia berhenti,itu bermakna anda sedang menggunakan otot lantai pelvis

Cara 2. Ketatkan bahagian hujung dubur seperti anda menahan diri daripada membuang air besar.Otot bahagian ini adalah daripada kumpulan yang sama apabila ia berfungsi bersama-sama otot pundi kencing.

Cara3. Penekanan otot lantai pelvis yang tepat akan menolaknya ke atas.Gunakan cermin kecil bagi melihat pergerakan otot apabila anda melakukan senaman ini.


Selamat mencuba!!..








Read More
Terima kasih kerana membaca entry saya. Sila datang lagi.

Monday, 7 January 2013

11 Langkah Penjagaan Selepas Episiotomi

Luka Episiotomi perlu dijaga dengan sempurna bagi menggalakkan proses penyembuhan, menghindari jangkitan kuman dan mengelakkan jahitan terbuka..

Ikuti 11 langkah penjagaan selepas episiotomi


  1. Gunakan pad ais 
Sebaik sahaja melahirkan bayi,anda boleh meletakkan pad ais pada bahagian jahitan episiotomi. Langkah ini bukan sahaja menggalakkan luka untuk cepat sembuh malah lebih daripada itu dapat mengurangkan kesakitan yang dialami.Sebaik baiknya letak pad ais tersebut pada bahagian jahitan lebih kurang 10 minit,tiga hingga empat jam sekali.

2. Jangan terlalu lama duduk atau berbaring

Tekanan akibat terlalau lama duduk atau berbaring akan menyukarkan proses pemulihan.Jadi,gunakan pelampungberenang yang berbentuk bulat untuk mengelakkan diri  anda daripada berterusan memberi tekanan kepada bahagian jahitan.

3.Lakukan pergerakan

Adalah penting untuk anda melakukan sedikit pergerakan sepeti berjalan perlahan- lahan bagi menggalakkan peredaran darah ke bahagian luka jahitan.Selain itu, ia juga baik untuk mengelakkan kecederaan yang lebih serius seperti jahitan terbuka.

4. Pastikan perineum bersih

Darah nifas dan air kencing boleh menyebabkan jangkitan kuman pada bahagian yang dijahit.Jadi,pastikan kawasan tersebut sentiasa bersih dengan mencucinya menggunakan  air biasa.Lebih baik lagi jika anda menggunakan cecair pembasmi kuman yang lazimnya dibekalkan oleh doktor

5.Kurangkan tegangan

Semasa membuang air besar,tekan dengan lembut bahagian episiotomi untuk mengurangkan tegangan.Ia juga mengurangkan sakit juga mengelakkan jahitan daripada terbuka..

6. Sentiasa keringkan jahitan 

Mengeringkan kawasan jahitan menggalakkan proses pemulihan yang cepat. Setiap kali selepas membuang air atau mencuci darah nifas, anda boleh menggunakan pengering rambut jika mahu mengeringkannya.Sementara itu, sekali sekala anda digalakkan untuk mendedahkan bahagian jahitan episiotomi.

7. Amalkan sitz bath 

Langkah ini boleh anda lakukan dengan merendam punggung di dalam besen berisi air garam yang suam.Ia dapat mengurangkan sakit dan membersihkan luka jahitan dan bahagian dalaman faraj.

8. Lakukan seneman kegel

Buat senaman kegel atau lantai pelvik secara rutin.Ia terbukti dapat membantu luka jahitan cepat sembuh dengan menggalakkan perjalanan darah ke faraj.Lakukan 10 kali setiap kali. Jika dilakukan dengan teknik yang betul,anda pasti dapat melihat perubahannya.

9. Minum air secukupnya 

Selepas satu hari hingga tiga hari bersalin,tubuh secara semulajadi akan membuang lebihan air yang terkumpul semasa hamil.Hal ini akan membuatkan tubuh kekurangan air secara mendadak sehingga menjurus kepada masalah sembelit dan kekurangan susu ibu.Kekurangan air juga menyebabkan luka episiotomi sukar sembuh.Tambahan pula sembelit yang mungkin  dialami akan menyebabkan kesakitan yang lebih ketara pada bahagian jahitan.

10. Elakkan sembelit 
Pastikan anda minum air secukupnya yang baik untuk melancarkan perjalanan usus. Selain itu, banyakkan mengambil makanan yang berasaskan serat.Anda boleh mengambil kalsium shaklee atau lactulose untuk membantu anda mengelakkan sembelit..

11. Gunakan pil penahan sakit 

Dalam kes yang lebih teruk,anda mungkin mengalami kesakitan proses pemulihan berlangsung.Bagi mengatasinya,anda boleh mengambil paracetamol atau ubat yang lebih berkesan seperti ponstan sekiranya terlalu sakit..

SEKIAN.... SELAMAT BERPANTANG!!

Bagi anda yang berminat mana-mana produk shaklee anda boleh menghubungi saya di: 
call/sms/ whatsapp 0193401758
add FB saya Nancy Rachy untuk mendapatkan konsultasi selepas pembelian..


Read More
Terima kasih kerana membaca entry saya. Sila datang lagi.

Mommy Rachel@2012. Powered by Blogger.
 
Copyright Mommy Rachel © Design By Cik Nurfarah