Antara faktor terpenting bagi wanita untuk menjadi ibu yang berkualiti adalah sikap dan kekuatan yang terdapat dalam diri mereka.Adakah mereka mampu mengendalikan emosi,adakah mereka bersikap prihatin dengan keadaan sekeliling atau keupayaan mereka dalam melyan dan menguruskan keperluan anak-anak.Untuk itu, mari kita semak apakah ciri-ciri yang perlu ada dalam diri wanita untuk menjadi ibu cemerlang.
INTUISI YANG KUAT
Pakar psikologi,Dr Yvonne Thomas,menyatakan salah salah satu kriteria yang perlu ada dalam diri seseorang ibu yang baik dan berkualiti adalah intuisi.Dikenali sebagai gerak hati di kalangan kaum melayu,intuisi membuatkan seorang wanita menjadi lebih peka dengan keadaan sekeliling.Memandangkan bayi tidak dapat mengungkapkan perasaan mereka dengan kata -kata,maka gerak hati dan kepekaan seorang ibu amat penting dalam memastikan keadaan anak-anaknya sentiasa dalam keadaan selamat,sihat dan sempurna.
PRIHATIN
wanita yang selesa dan gemar memanjakan pasangan atau menghiburkan teman-teman dalam dalam kesusahan berpotensi menjadi ibu yang baik kepada anak-anaknya.sikap prihatin dan penuh perhatian yang tertanam dalam diri mereka membuatkan wanita tersebuat berupaya menenangkan jiwa anak-anak di saat mereka mengalami masalah atau kegagalan hidup.
MAMPU MENGENDALIKAN EMOSI
setiap insan pasti pernah mengeluh tentang kehidupan yang penuh dengan dugaan yang dialami oleh mereka.Namun wanita yang mampu mengawal emosi mereka sebelum bertindak mempunyai kecenderungan untuk menjadi ibu yang baik.Ini kerana wanita yang mampu mengendalikan emosi tidak akan melepaskan kemarahan kepada anak-anaknya sekalipun mereka mengalami stress hebat. Ini kerana mereka tahu menyalurkan kemarahan serta ketidakselesaan yang dialami kepada perkara lain,yang tidak akan sesekali menyakiti diri dan perasaan anak-anak mereka.
KEMAMPUAN UNTUK MEMINTA BANTUAN
Memang tidak susah untuk memintah bantuan namun ia juga tidak semudah yang disangka.Pakar psikologi kanak-kanak yang juga penulis buku,Rewards for kids,Dr Virginia Shiller,menjelaskan bahawa kemampuan untuk meminta bantuan amat penting bagi seorang ibu.Memandangkan tugas dan tanggungjawab seorang ibu pada era moden ni sangat mencabar,para ibu sememangnya memerlukan pertolongan daripada individu lain terutama ahli keluarga dalam menguruskan anak.Justeru, kesediaan untuk meminta bantuan dan berbahagi tugasan dalam diri seorang ibu amat penting bagi memastikan asuhan dan diddikan terhadap anak-anak tidak terabai.
BERMAIN
Menemani anak kecil bermain bukan sesuatu yang boleh dilakukan secara semulajadi oleh semua individu termasuk wanita.Padahal bermain dengan anak merupakan salah satu tugas utama buat seorang ibu.
Untuk menjadi ibu yang baik,seorang wanita perlu memiliki kebolehan dan keupayaan dalam meletakkan diri sejajar dengan anak. Keupayaan ini amat penting untuk perkembangan minda serta proses tumbesaran anak-anak.Selain itu, kesediaan ibu untuk melayan kerena anak-anaknya yang ppelbagai ragam juga membuktikan dirinya seorang wanita yang penyabar.Malah ia juga membuktikan bahawa wanita itu mampu menjalinkan komunikasi yang baik dengan kanak-kanak sekali gus membina hubungan erat di antara mereka.
Post a Comment
0 comments: