Thursday, 31 May 2012

Sijil Halal Shaklee 2012


Read More
Terima kasih kerana membaca entry saya. Sila datang lagi.

Thursday, 24 May 2012

Kebaikan penyususn badan untuk bayi

  • kebaikan penyususn badan untuk bayi
    Susu ibu membekalkan nutrien terbaik untuk bayi kerana ia mengandungi nutrien dalam kadar mencukupi.
  • Kandungannya berubah mengikut keperluan bayi yang sedang membesar.
  • Susu ibu, terutamanya kolostrum, menguatkan sistem imuniti bayi. Ia melindungi bayi daripada jangkitan seperti cirit-birit, selesema, bronkitis dan radang paru-paru.
  • Susu ibu mencegah pelbagai masalah alahan seperti asma, ekzema dan kolik bayi.
  • Susu ibu mengandungi nutrien tertentu yang amat kritikal untuk perkembangan otak. Ia membantu dalam meningkatkan kecerdikan anak.
  • Ia tidak mudah tercemar dibandingkan dengan cara penyusuan lain.
  • Susu ibu mudah diperoleh pada suhu yang betul setiap masa oleh itu ia tidak susah disediakan.
  • Ia memberi keselesaan dan keselamatan emosi kepada bayi.
  • Ia memberi peluang kepada ibu dan anak untuk berinteraksi sepenuhnya dan meningkatkan hubungan kasih sayang antara ibu dan anak.
Kebaikan penyusuan badan untuk ibu :
  • Membantu mengecutkan rahim dan mengembalikannya kepada saiz asal dengan cepat serta mengurangkan pendarahan selepas bersalin.
  • Membakar kalori dan mengembalikan bentuk badan asal dengan cepat.
  • Mengurangkan risiko kanser payudara dan kanser ovari.
  • Menjarakkan kelahiran jika mengamalkan penyusuan ibu secara sepenuhnya.
Kebaikan lain:
  • Tidak memerlukan perbelanjaan dan bekalan susu sentiasa ada.
  • Baik untuk persekitaran kerana tidak memerlukan botol, tin dan kotak.
Sumber: Info Sihat, Kementerian Kesihatan malaysia
Read More
Terima kasih kerana membaca entry saya. Sila datang lagi.

Parut Hilang,Kulit Lebih Licin,Badan Pun Slim


Wednesday, 2 May 2012


Parut Hilang, Kulit Lebih Licin, Badan Pun Slim

Salam semua.. Hari ni saya nak share rahsia kebaikkan shaklee.. Pas ni xde la rahsia lagi kan.. hehehe.. Rasanya dah ramai yang tahu saya ni merupakan seorang pengamal tegar Energizing Soy Protein (ESP). Pada awal nya saya mengambil ESP hanya untuk memastikan perjalanan penyusuan saya sempurna untuk Miasara (Baby Shaklee Ku). Syukur Alhamdulillah, susu sentiasa cukup untuk Miasara.. Cik B masih lagi bengkak2 kalau Miasara lambat menyusu/pam walaupun Miasara dah nak masuk 9bulan.


Ok kite tinggalkan dulu cerita mengenai penyusuan saya.. Lepas 3bulan bersalin berat saya hanya turun 10kg sahaja..
Sebelum Pregnant : 63Kg
Semasa Pregnant 37w : 83Kg

Jadi berat saya masa tu ialah 73Kg.. waaa.. sangat sedih, banyak baju dan seluar yang tak boleh dipakai.. Terpaksa pulak saya pakai baju dan seluar masa pregnant dulu.. hurmm.. Tanpa berlengah saya tanya big bos saya Mr Ariel, boleh ke saya ambil slimming set?.. Beliau kata boleh, dengan syarat tak mengganggu penyusuan saya.. Beliau tidak mahu saya terlalu berdiet sehingga Miasara tidak dapat nutrisi secukupnya..

Saya pun start makan set slimming awal January 2012

ESP : Membakar Kalori Sebanyak 35% juga memberi rasa kenyang yang lebih lama

Lepas sebulan ramai yang tegur kata saya dah slim.. saya hanya mampu tersenyum je la.. Tapi dalam hati, hehehe.. Mr Ariel yang baru balik outstation selama 3minggu pun tegur cakap saya dah kurus.. Siap tegur cakap kulit muka cantik dan bersih.. waa.. hati berbunga-bunga la bila En suami yg puji.. ekekeke.. saya masih tak percaya betul ke saya dah slim? saya ajak Mr Ariel timbang berat kat Jusco.. Betullah, berat saya sekarang 60Kg..Patut la seluar jeans size L da boleh masuk tanpa ada kesan barut nangka.. huhu sangat hepi..

Jom tengok perubahan saya


Saya ni bukan la jenis yang berjerawat kronik.. Tapi tiap kali datang period mesti akan keluar 3-4biji jerawat.. Lepas tu jerawat akan hilang.. Tapi parut nye sangat susah nak hilang.. Memakan masa berbulan.. kalau hilang pun akan timbul pula parut yang baru..

Alhamdulillah lepas amalkan slimming set, banyak perubahan ketara yang saya rasa.. ESP membantu saya menghilangkan parut diwajah kerana ia sentiasa memperbaharui sel kulit dan menyingkirkan sel kulit yang mati.. Alfalfa juga banyak membantu kerana sifatnya sendiri yang menyahtoksik dan ia merupakan anti bakteria.. kesan nye, jerawat dah jarang singgah.. Lecithin pulak memecahkan lemak2 tepu tanpa perlu berdiet.. saya hanya buat kerja rumah dan senaman ringan, kesannya, muka saya pun da slim..hehehe.. 

Sangat Bestt.. Alhamdulillah.. Saya dah rasa sendiri perubahannya.. Kini, saya tampil lebih yakin.. Mr.Ariel pun makin sayanggg... ngeee.. 
 kredit Farhanah      pm@sms 0193401758 untuk order dan konsultasi percuma/email Rachelwee7@gmail.com
Read More
Terima kasih kerana membaca entry saya. Sila datang lagi.

Tuesday, 22 May 2012

RAHSIA MENJADI IBU BERKUALITI

Menjadi ibu yang baik dan berkualiti bukan hanya terletak pada kebolehan seseorang wanitadalam mengasuh dan mendidik anak-anaknya sehingga berjaya.Banyak faktor yang menjadi penentu bagus atau tidaknya seorang wanita itu dalam melaksanakan tanggungjawabnya sebagai ibu,
    Antara faktor terpenting bagi wanita untuk menjadi ibu yang berkualiti adalah sikap dan kekuatan yang terdapat dalam diri mereka.Adakah mereka mampu mengendalikan emosi,adakah mereka bersikap prihatin dengan keadaan sekeliling atau keupayaan mereka dalam melyan dan menguruskan keperluan anak-anak.Untuk itu, mari kita semak apakah ciri-ciri yang perlu ada dalam diri wanita untuk menjadi ibu cemerlang.
   INTUISI YANG KUAT
Pakar psikologi,Dr Yvonne Thomas,menyatakan salah salah satu kriteria yang perlu ada dalam diri seseorang ibu yang baik dan berkualiti adalah intuisi.Dikenali sebagai gerak hati di kalangan kaum melayu,intuisi membuatkan seorang wanita menjadi lebih peka dengan keadaan sekeliling.Memandangkan bayi tidak dapat mengungkapkan perasaan mereka dengan kata -kata,maka gerak hati dan kepekaan seorang ibu amat penting dalam memastikan keadaan anak-anaknya sentiasa dalam keadaan selamat,sihat dan sempurna.
      PRIHATIN
wanita yang selesa dan gemar  memanjakan pasangan atau menghiburkan teman-teman dalam dalam kesusahan berpotensi menjadi ibu yang baik kepada anak-anaknya.sikap prihatin dan penuh perhatian yang tertanam dalam diri mereka membuatkan wanita tersebuat berupaya menenangkan jiwa anak-anak di saat mereka mengalami masalah atau kegagalan hidup.
     MAMPU MENGENDALIKAN EMOSI
setiap insan pasti pernah mengeluh tentang kehidupan yang penuh dengan dugaan yang dialami oleh mereka.Namun wanita yang mampu mengawal emosi mereka sebelum bertindak mempunyai kecenderungan untuk menjadi ibu yang baik.Ini kerana  wanita yang mampu mengendalikan emosi tidak akan melepaskan kemarahan kepada anak-anaknya sekalipun mereka mengalami stress hebat. Ini kerana mereka tahu menyalurkan kemarahan serta ketidakselesaan yang dialami kepada perkara lain,yang tidak akan sesekali menyakiti diri dan perasaan anak-anak mereka.
    KEMAMPUAN UNTUK MEMINTA BANTUAN
Memang tidak susah untuk memintah bantuan namun ia juga tidak semudah yang disangka.Pakar psikologi kanak-kanak yang juga penulis buku,Rewards for kids,Dr Virginia Shiller,menjelaskan bahawa kemampuan untuk meminta bantuan amat penting bagi seorang ibu.Memandangkan tugas dan tanggungjawab seorang ibu pada era moden ni sangat mencabar,para ibu sememangnya memerlukan pertolongan daripada individu lain terutama ahli keluarga dalam menguruskan anak.Justeru, kesediaan untuk meminta bantuan dan berbahagi tugasan dalam diri seorang ibu amat penting bagi memastikan asuhan dan diddikan terhadap anak-anak tidak terabai.
          BERMAIN
Menemani anak kecil bermain bukan sesuatu yang boleh dilakukan secara semulajadi oleh semua individu termasuk wanita.Padahal bermain dengan anak merupakan salah satu tugas utama buat seorang ibu.
Untuk menjadi ibu yang baik,seorang wanita perlu memiliki kebolehan dan keupayaan dalam meletakkan diri sejajar dengan anak. Keupayaan ini amat penting untuk perkembangan minda serta proses tumbesaran anak-anak.Selain itu, kesediaan ibu untuk melayan kerena anak-anaknya yang ppelbagai ragam juga membuktikan dirinya seorang wanita yang penyabar.Malah ia juga membuktikan bahawa wanita itu mampu menjalinkan komunikasi yang baik dengan kanak-kanak sekali gus membina hubungan erat di antara mereka.

Read More
Terima kasih kerana membaca entry saya. Sila datang lagi.

Mommy Rachel@2012. Powered by Blogger.
 
Copyright Mommy Rachel © Design By Cik Nurfarah