Ramai ibu yang bertanya power pumping tu macamna? Haa jom kita kupas lebih lanjut
apa itu power pumping.. Kaedah ini merupakan teknik mengepam yang sangat berkesan dalam membantu ibu-ibu untuk meningkatkan penghasilan susu.Caranya sungguh mudah! Apa yang diperlukan hanyalah pam dan peruntukan masa selama sejam bagi menjayakan misi ini.
Untuk makluman, teknik ini melibatkan rutin mengepam seperti yang lazim anda lakukan setiap hari. Namun dijalankan dengan cara yang lebih unik daripada cara biasa.Idea asal kaedah ini ialah meniru corak bayi menyusu yang secara tidak disedari dapat meningkatkan pengeluaran susu ibu.
Apa itu Power Pumping?
Merupakan teknik mengepam yg boleh membantu meningkatkan penghasilan susu. Ia melibatkan teknik dan cara mengepam yg biasa tapi dlm cara yg lebih unik. Ideanya adalah untuk meniru cara bayi menyusu, dan secara tidak langsung meningkatkan bekalan susu ibu.
Siapa yang perlukan Power Pumping?
- Ibu yg kekurangan susu, berusaha untuk memperbanyakan semula susu – akibat drpd perubahan hormon, period, kurang mengepam dan sebagainya.
- Ibu yg ingin relaktasi/ menyusukan semula si anak setelah berhenti menyusukan
- Ibu yang ingin menyusukan anak angkat – teknik ini digunakan untuk rangsang penghasilan susu
Macam mana nak buat Power Pumping?
Untuk Single pump – pam kanan dulu 10 minit, kemudian pam kiri plak 10 minit, tukar plak ke kanan 10 minit dan seterusnya, bertukar2 setiap 10 minit berterusan selama sejam.
Untuk Double Pump – Pam kedua2 belah serentak selama 10 minit, rehat/ stop pam 10 minit, sambung lagi pam 10 minit, rehat 10 minit dan seterusnya selama 1 jam.
Disarankan buat power pumping ni sekali sehari, seelok2 nya waktu mlm ke subuh, sbb hormon prolaktin sangat tinggi pada waktu sebegini.Walau bagaimana pun sekiranya anda mempunyai banyak masa terluang,anda sangat digalakkan untuk melakukannya lebih daripada sekali dalam tempoh 24 jam.
Berapa lama masa diambil untuk dapat hasilnya?
Anda jangan ingat sekali buat terus susu jadi banyak yer. Power pumping perlukan masa sekurang2nya 1 minggu! Walaupun pada hari pertama hasil pam setitik dua atau ‘pam angin’ semata2, teruskan misi anda. Lazimnya, kesan daripada power pumping akan mula kelihatan selepas tempoh satu hingga ke-dua minggu.
Tidak dinafikan, ramai yang tidak tahan untuk meneruskan kaedah ini,pada pendapat mereka ia merupakan sesuatu yang leceh dan memakan terlalu banyak masa.Jangan begitu! percayalah,usaha yang diiringai dengan kesungguhan dan kesabaran secara berterusan akan menjadi tonggak kejayaan yang tidak terbanding nilainya.Apa yang pasti anda akan berpuas hati dengan hasil yang bakal diperolehi kerana ia telah banyak membantu para ibu menyajikan pulangan yang sangat memberangsangkan.
*** Kepada ibu-ibu bekerjaya yang sangat sibuk di pejabat dan terpaksa skip masa mengepam, anda sangat disarankan membuat power puming pada malam harinya,dan klu kita rajin buat power pumping susu tak akan berkurang,malah bertambah dari masa ke semasa.
Tips Tambahan
1.Tempatkan pam payu dara di lokasi bersesuaian di rumah agar anda dapat melakukan kaedah PP di dalam keadaan yang tenang tanpa sebarang gangguan.
2.Anda tidak perlu menyejukkan susu di antara sesi mengepam atau mencuci corong pam (breast sheild) setiap kali berhenti rehat. Malah, anda boleh terus mengepam ke dalam botol yang sama.
3.Setiap jumlah perahan susu ibu di antara satu waktu dengan waktu perahan yang lain boleh dicampurkan.Namun pastikan setiap susu perahan itu disejukkan terlebih dahulu.Apabila sushunya sama,barulah semua hasil perahan power pumping disatukan di satu bekas.
4. Bagi yang Muslim, cuba tidur awal dan bangun di waktu awal pagi untuk melakukan solat sunat terutamanya tahajud.Selesai bersolat, anda bolehla memulakan rutin power pumping
5.Letakkan selimut mahupun gambar bayi bersebelahan tempat anda mengepam. Atau lebih baik lagi, anda mengepam di sebelah bayi.Langkah ini sangat bagus kerana ternyata ia dapat membantu merangsang penghasilan susu yang banyak..
Sekarang ibu-ibu dah tahu apa itu power pumping, jadi semoga ianya dapat anda amalkan diharap dapat membantu para ibu sekalian.
Selamat mencuba.. :)
Jika anda berminat mana-mana produk shaklee hubungi saya di:
call/sms/whattsapp 0193401758
add Fb saya Nancy Rachy dan jangan lupa klik LIKE fanpage saya mommy rachel untuk mendapatkan info dan diskaun HEBAT..
konsultasi percuma hanya akan diberikan kepada customer mommy rachel sahaja..Pastikan anda membeli dengan saya atau pengedar yang sah untuk mendapatkan cara makan yang betul bagi setiap supplemen yang telah beli.
Post a Comment
0 comments: