Tuesday, 23 August 2011

Breastfeeding Set (Set B)

Breastfeeding  Set Shaklee sangat berkesan untuk membantu ibu-ibu menyusu menghasilkan susu dengan banyak.. Saya sendiri menggunakan set ini, dan hasilnya Alhamdulillah dari perahan 1 0z meningkat ke 4 Oz selepas mengambil set ini selepas 5 hari. Dan sehingga kini saya masih mengambilnya, kerana selain meningkatkan penghasilan susu, saya juga berasa sangat bertenaga dan kurang letih, di samping masalah sembelit selama ni dah hilang.. Dan, BONUS..berat badan juga menurun selama 3 kg dalam masa sebulan pengambilan!

Dengan segala khasiat, apa yang ada dalam set ini ya? Jom kita tengok..

1) Vitamin B Complex

Vitamin ini sangat penting untuk menukarkan makanan yang kita ambil kepada tenaga, meningkatkan pembentukan sel darah merah dan meningkatkan penghasilan susu. Ia membantu meningkatkan tenaga, mengurangkan kelesuan dan stress. Justeru,vitamin ini bertindak sebagai penenang dan meningkatkan fokus. B complex juga memelihara kulit dari dalam dan penting untuk kecantikkan, sesuai dengan namanya "B" for beauty.

2) Vitamin C

Membantu meningkatkan sistem pertahanan badan dan sangat penting untuk membentuk kolagen. Bertindak sebagai anti oksidan dan berperanan dalam membentuk kulit yang cantik. Membantu pembentukkan sel-sel baru, mempercepatkan proses penyembuhan luka dan demam serta berupaya mencegah penyakit barah.

3) Vitalea (Multivitamin)

Mengandungi vitamin dan galian yang diperlukan oleh tubuh badan manusia, formula lengkap dengan zat besi. Vita Lea adalah multivitamin dan multimineral, yang mengandungi 23 jenis vitamin mineral yang lengkap untuk keperluan harian. Membekalkan tubuh ibu dengan nutrient yang perlu agar ibu sentiasa sihat, cergas dan bertenaga. Dilengkapi dengan zat besi yang amat diperlukan oleh ibu yang menyusukan anak.

4)Alfalfa

Merupakan raja segala tumbuhan. Membantu meningkatkan sistem imunisasi dan membuatkan sistem badan berjalan lancar. Bertindak sebagai milk booster dan membantu MEMPERCEPATKAN PENGHASILAN SUSU. Juga membantu menyelesaikan masalah wanita, termasuklah masalah keputihan.

Sebagai tambahan untuk ibu-ibu bekerjaya yang menyusukan anak secara eksklusif, anda juga boleh mengambil Energizing Soy Protein(ESP) dan Ostematrix (Kalsium Magnesium dengan Vitamin D) untuk membantu  penghasilan susu ibu yang banyak dan kesan yang maksimum.

Namun harus diingatkan, konsep utama penyusuan ialah SUPPY AND DEMAND. Anda haruslah menyusukan anak anda / pam sekerap mungkin (setiap 2-3 jam) untuk mendapatkan hasil maksimum. Vitamin-vitamin ini hanya membantu dan berkesan jika payudara anda dikosongkan dengan kerap, dimana memenuhi konsep ~ lebih kerap bayi disusukan, lebih banyak susu akan dihasilkan.

Di samping itu, ibu juga harus memastikan mengambil air tidak kurang dari 3L bagi menjayakan proses penyususan. Ini kerana susu ibu itu sendiri sebahagian besarnya terdiri dari air. Jika ibu tidak minum banyak air,mana mungkin banyak susu boleh dihasilkan.

Dan, kembalilah kepada Pencipta kita..Mintalah kepadaNya agar memurahkan rezeki anak kita. Kerana Dialah sebaik-baik Pencipta dan Sebaik-Baik Pemberi. Bagi Muslim, banyak-banyakkanlah doa dan zikir agar jiwa kita kembali tenang dan yakin denganNya, insyaAllah program penyusuan kita berjalan lancar. 

Hubungi saya di 0193401758 untuk mendapatkan set ini. Jangan lupa add  fb saya Nercy ondon dan klik LIKE fan page saya kat tepi blog....
Read More
Terima kasih kerana membaca entry saya. Sila datang lagi.

Teknik Terbaik Memerah Susu

Bagi ibu-ibu yang bekerja, 2 minggu selepas melahirkan bayi adalah waktu terbaik untuk mengumpulkan stok susu sebagai persediaan apabila mula bekerja nanti. Jangan bersedih hati sekiranya hasil susu yang dipam sedikit sahaja, sebaliknya teruskan mengepam dengan mematuhi rutin mengepam setiap hari (3-4 kali dalam tempoh bekerja 8 pg – 5 ptg). Susu yang dipam pada waktu yang berbeza boleh dicampur tetapi perlu disejukkan terlebih dahulu. Sebagai contoh hasil susu yang dipam pada 24 haribulan dan 25 haribulan boleh dicampur selepas beberapa jam diletakkan dibahagian sejuk peti. Barulah susu yang dicampur tadi diletakkan di tempat sejuk beku.



Memerah dengan tangan

- memerah dengan tangan adalah pilihan terbaik jika perlu memerah susu pada hari-hari 1-3 selepas kelahiran
- basuh tangan dengan bersih sebelum memerah
- sediakan bekas yang bersih dan steril
- lakukan pemerahan di tempat yang bersih, tenang dan selesa
- boleh dilakukan dalam keadaan duduk atau berdiri dalam keadaan yang selesa
- buat sedikit urutan pada payudara dan rangsang/gentel puting payudara untuk memberi rangsangan (refleks oksitosin atau let-down reflex)
- melihat gambar bayi juga boleh membantu menghasilkan refleks
- tuam panas payudara beberapa ketika juga boleh membantu menghasilkan refleks penghasilan susu - buat pegangan “C” pada payudara, letakkan ibu jari di sebelah atas payudara berdekatan areola manakala jari telunjuk di bahagian bawah (utara dan selatan)
- tekan payudara ke belakang ke arah dada
- perah/picit dengan lembut menggunakan ibu jari dan jari telunjuk, picit selama 2 saat dan lepaskan
- teruskan memicit sehingga susu keluar
- perah ke dalam bekas yang bersih dan steril
- buat berulang kali sehingga tiada lagi susu keluar
- tukar posisi jari ke bahagian lain mengikut pusingan semua bahagian payudara (timur-barat, tenggara-barat laut, barat daya-timur laut)
- ulang proses memerah sehingga tiada lagi titisan susu
- tukar ke payudara yang satu lagi
- urut kedua-dua payudara dan mulakan sekali lagi
- perah setiap payudara 5-10 minit secara bergilir
- setelah selesai memerah, sapukan beberapa titik susu ke atas puting dan keringkan puting payudara







 Memerah dengan Menggunakan Pam

- baca panduan penggunaan pam dan panduan pembersihan peralatan mengepam sebelum menggunakannya
- basuh dengan bersih dan sterilkan peralatan mengepam
- basuh tangan dengan bersih
- duduk atau berdiri dalam keadaan yang selesa
- rangsang puting payudara untuk menghasilkan refleks oksitosin (let-down reflex)
- posisikan puting payudara ke dalam corong breast shield
- mula mengepam pada kelajuan hisapan paling rendah (jika menggunakan pam elektrik/bateri)
- boleh laraskan kelajuan hisapan mengikut keselesaan
- pam kedua-dua belah payudara secara bergilir-gilir
- masa mengepam antara 10-20 minit (berbeza mengikut individu)



Panduan-Panduan Lain

1. Memerah susu ibu perlu dilakukan dalam keadaan tenang, selesa dan tidak menyakitkan
2. Urutan dan rangsangan pada puting payudara perlu untuk mencetuskan refleks oksitosin (let-down reflex)
3. Memerah dengan kerap adalah lebih berkesan untuk meningkatkan penghasilan susu ibu berbanding memerah dalam tempoh masa yang lama dalam satu sesi pemerahan
4. Pilih pam yang sesuai sama ada pam manual, atau pam elektrik, atau pam elektik yang boleh menggunakan bateri, single pump atau double pump
5. Pam yang baik adalah pam yang mampu meniru gaya hisapan bayi (baby mimic suction)
6. Patuhi rutin mengepam setiap hari (3-4 kali dalam tempoh bekerja 8 pg – 5 ptg)
7. Memerah susu pada waktu malam juga dapat meningkatkan penghasilan susu ibu
8. Ibu juga digalakkan memerah susu pada sebelah payudara sambil bayi menghisap payudara yang satu lagi

Credit mommy iskandar
Read More
Terima kasih kerana membaca entry saya. Sila datang lagi.

Mommy Rachel@2012. Powered by Blogger.
 
Copyright Mommy Rachel © Design By Cik Nurfarah