Thursday 8 November 2012

Cara Penyimpanan Susu Ibu (EBM)

Penyusuan ibu perlukan ilmu.Bila ibu mengambil keputusan untuk menyusukan bayinya secara eksklusif,semua ibu perlu tahu cara penyimpanan susu yang betul.Sebagi ibu kita mahu yang terbaik untuk bayi kitakan?


Susu ibu yang diperah boleh disimpan untuk diberikan pada bayi sepanjang ketiadaan ibu bersama bayi.Susu ibu mengandungi sel hidup,oleh itu susu ibu yang diperah perlu disimpan melalaui kaedah yang betul untuk memastikan kandungan nutriennya terpelihara dan tidak musnah.Susu ibu sebenarnya mempunyai bahan anti-bakteria yang membolehkannya kekal segar dan tahan lama.. Sebagai panduan saya sertakan gambar yang anda mudah fahami sebagai rujukan  cara penyimpanan susu ibu (EBM) serta tempoh masa  yang selamat....





Secara ringkasnya,gambar di atas menunjukkan jika anda menyimpan susu di:


  • Peti sejuk dibahagian bawah -susu tahan 3-5 hari bergantung pada suhu peti ais tersebut
  • Peti sejuk bahagian atas/sejuk beku - susu tahan sehingga 3 bulan
  • Deep Freezer susu bertahan sehingga 6 bulan 
  • Pada suhu bilik susu tahan sehingga 4 jam atau lebih bergantung pada suhu bilik itu sendiri
  • Cooler bag/box- susu tahan 12-24 jam

Namun begitu ada sedikit perbezaan jika anda menyimpan susu pada peti ais 1 pintu dan peti ais 2 pintu.Bagi bayi pra matang, sedikit perhataian diutamakan.. sila rujuk jadual penyimpanan susu di bawah..


Cara menyahsejukbeku susu :
  • Sentiasa gunakan susu yang paling awal diperah
  • Letakkan susu beku yang hendak digunakan di bahagian rak bawah peti sejuk semalaman supaya mudah dicairkan.
  • Bila bayi nak minum,rendamkan bekas berisi susu ke dalam air suam (tidak terlalu panas sebab ia akan menyebabkan nutrien dan anti-bodi yang terdapat dalam susu ibu akan musnah)
  • Susu yang dibekukan akan menampakkan lemak terpisah menjadi dua lapisan.Goyangkan bekas dengan perlahan -lahan untuk menggabungkan lapisan lemakyang terpiah itu
  • Rasa dahulu suhu susu sebelum memberikan kepada bayi
  • Jika bayi anda dijaga oleh pengasuh,sebaiknya sediakan' warmer ' bagi memudahkan pengasuh memanaskan susu anda
  • Susu yang telah dipanaskan mestilah digunakan dalam masa sejam ya, (tidak boleh disimpan semula) 
panduan asas penyimpanan susu ibu:
  • Bekas penyimpanan susu hendakla dibasu dengnan bersih,menggunakan sabun (seelokknya gunakan sabun khas untuk mencuci botol susu),dibilas dengan air didih dan dikeringkan dengan sempurna sebelum digunakan
  • Catat tarikh perahan pada botol susu sebelum menyimpannya
  • Simpan kuantiti yang mencukupi dalam satu bekas untuk sekali penyusuan
  • Tinggalkan sedikit ruang udara di dalam bekas penyimpanan untuk membolehkan proses pengembangan berlaku jika susu dibekukan
  • Susu yang hendak dibekukan sebaiknaya disimpan di bahagian sejuk terlebih dahulu sebelum di pindahkan ke bahagian beku peti sejuk
  • Jangan simpan susu perahan dibahagian pintu peti sejuk kerana suhu di bahagian pintu tidak stabil (kerana kekerapan membuka dan menutup pintu peti sejuk)
  • Sebaiknay simpan susu di bahagian paling atas dan paling dalam kerana suhunya paling stabil dan malar
  • Jika menggunakan bekas penyejuk (cooler bag) pastikan ice pack yang digunakna mencukupi ,gantikan jika perlu dan kurangkan kekrapan membuka bekas penyejuk
Info tambahan bagi ibu berkerjaya:
  • Susu yang diperah di pejabat boleh disimpan di dalam peti sejuk pejabat (jika ada) dan dibawah balik menggunakan cooler bag yang berisi ice pack yang mencukupi untuk perjalanan pulang ke rumah ( walaupun perjalanan ke rumah hanya 10 minit, pastikan susu perahan kekal sejuk).Sampai di rumah bolehla pindahkan ke peti sejuk sama ada di bahagian bahagian rak bawah  (sejuk biasa) atau di bahagian atas freezer.Tidak digalakkan membekukan susu semasa di pejabat kerana susu beku lebih sukar diuruskan (kerana kita perlu memastikan susu dibawa balik dalam keadaan beku dan tidak boleh mencair walaupun sedikit )
  • Jika susu beku sudah mencair( walaupun sedikit), susu tersebut tidak boleh lagi dibekukan.Ia perlu disimpan di bahagian bawah(  bahagian sejuk biasa) malah ia perlu dihabiskan (digunakan) dalam masa 24 jam dari masa ia mula mencair
  • Susu perahan lebih baik jika disimpan di bahagian sejuk biasa berbanding di bahagian beku (freezer) jika  susu perahan itu adalah stok untu beberapa hari .Sekiranya hari ke -5 susu perahan tersebut belum digunakan maka bolehlah dinaikkan ke bahagian beku untuk memanjangkan tempoh hayatnya
  • Susu perahan yang dibekukan akan kehilangan beberapa nutrien dan anti-bodi  akibat proses pembekuan namun komposisinya masih jauh lebih baik berbanding susu formula. Oleh itu ibu perlu memberi susu segar secara direct feeding, susu perahan yang disejukkan dan susu perahan yang dibekukan untuk mengimbangi keperluan nutrien dan antibodi bayi.
Semoga artikel dapat membantu ibu-ibu di luar sana :)
Sekiranya anda ingin mencuba mana mana set penyusuan kami anda boleh menghubungi saya di:
cll/sms whatssupp 0193401758
add fb saya Nancy chel shaklee untuk chatting secara langsung dengan saya dan jangan lupa klik Like fanpage saya Mommy rachel..
Read More
Terima kasih kerana membaca entry saya. Sila datang lagi.

Mommy Rachel@2012. Powered by Blogger.
 
Copyright Mommy Rachel © Design By Cik Nurfarah